Buku menjawab kekeliruan perubatan homeopati - Utusan Malaysia

Buku menjawab kekeliruan perubatan homeopati

Buku Perubatan Homeopati: Teori & Praktis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) berkumpul di Hotel Movenpick Tabung Haji, Sepang bagi menyertai program sambutan Jubli Perak penerbitan buku-buku homeopati oleh penerbit HBI Health & Homoeopathy Centre.

Selaras dengan sambutan itu juga, penerbit dan penulis buku homeopati, Mohamed Hatta Abu Bakar, turut melancarkan buku terbitan tahun 2022, iaitu Perubatan Homeopati: Teori & Praktis.

Menurut Mohamed Hatta, buku-buku homeopati diperlukan dan harus memenuhi dunia penerbitan buku-buku supaya maklumat berkaitan dengan homeopati semakin dekat dengan pembaca.

“Jika kita baca di dalam sesetengah media internet, bahkan dalam Wikipedia Melayu sekalipun, kita dapati berita, definisi dan keterangan tentang homeopati dalam bahasa Melayu dan Indonesia tidak tepat dan menyimpang.

“Sebahagiannya berupa artikel yang diterjemah secara langsung daripada artikel berbahasa Inggeris yang tidak autoritatif. Bahkan cara terjemahan pun tidak betul,” katanya. Turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Norliza Mohd. Nordin.

Itulah juga katanya, punca kekeliruan fahaman sebahagian masyarakat tentang perubatan homeopati.

“Lantaran itu, penerbitan karya berkaitan homeopati harus diteruskan.

“Penulisan tepat dalam internet dan dalam buku-buku yang bersifat akademik boleh membantu mengurangkan kekeliruan yang timbul akibat penulisan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Norliza berkata, penerbitan buku itu memberi pemahaman lebih jelas terhadap homeopati.

“Kita sudah mempunyai program Bachelor of Homeopathic Medical Science yang dikeluarkan oleh Universiti Cyberjaya. Selama lebih sedekad kita ada program ijazah perubatan homeopati di Malaysia, tetapi tiada seorangpun yang mengambil inisiatif menulis buku akademik dalam homeopati.

“Dengan adanya usaha penerbitan buku ini, ia diharap dapat menjadi pemangkin kepada penulisan buku-buku homeopati yang bersifat akademik dan menjadi rujukan penting untuk pelajar kursus asas dalam homeopati di pusat pengajian tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN