PETALING JAYA: Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang didakwa akan dijenamakan semula mengundang pelbagai reaksi. Ada yang menyokong, namun tidak kurang pula yang membantah susulan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sudah dibuat selepas kedua-dua peperiksaan itu dimansuh sebelum ini. Bagaimanapun, penilaian berasaskan PBD pula dilihat tidak telus dalam menilai perkembangan pendidikan pelajar. Ini kerana, kaedah itu boleh dimanipulasi, wujud pilih kasih dan ‘agenda tersendiri’ sehingga menyebabkan…










