HIDANGAN singgang ikan adalah paling mudah dan cepat disediakan. Bak kata orang lama, masak ‘campak-campak’ sahaja. Lauk ringkas seperti ini kalau makan bersama tiga pinggan nasi pun tidak terasa banyaknya walaupun lauk ringkas sahaja tetapi nikmatnya tidak terkata. Singgang ikan kali ini telah diolah dengan bahan yang ditumis terlebih dahulu dan ditambah lada hitam ditumbuk. Sedap dinikmati pada musim sejuk atau musim tengkujuh. RESIPI SINGGANG TUMIS IKAN TONGKOL LADA HITAM…