SELEPAS mencipta populariti dengan lagu berjudul Jangan Marah Baby Sayang, kumpulan UNKNOWN muncul pula dengan buah tangan terbaharu berjudul Tersakiti. Dianggotai lima anak muda berbakat besar terdiri daripada Momo,Haf, Zaq, Ameer dan Izmeer, UNKNOWN ditubuhkan melalui sesi ujibakat kelolaan Ace Talents yang melalui pelbagai proses latihan. Ia termasuk usaha sama dan suai kenal yang memakan masa berbulan lamanya sehinggalah terlahirnya single pertama itu yang melonjak tular dalam laman sosial TikTok dengan meraih hampir 300,000 tanda suka. “Alhamdulillah, setelah penerimaan luar jangkaan daripada peminat terhadap single pertama kami berjudul Jangan Marah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya