MIAMI: Piala Dunia 2026 menyaksikan kebangkitan pasukan Asia apabila setakat ini tiada wakil daripada benua itu mengalami kekalahan dalam perlawanan pembukaan masing-masing.
Biarpun tidak berada dalam kelompok 10 terbaik dunia, pasukan Asia tetap berjaya memberi tentangan hebat dan mengutip mata berharga menentang lawan yang lebih tinggi rankingnya.
Aksi terbaru semalam menyaksikan Iran mengikat New Zealand 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung sengit, sekali gus membuktikan mereka mampu bersaing di pentas terbesar dunia.
Turut mencuri perhatian Arab Saudi yang hampir mengejut Uruguay sebelum mengikat kedudukan menjadi 1-1.
Keputusan itu satu lagi petanda jurang Asia dan kuasa tradisional dunia semakin mengecil dan mengubah persepsi wakil Asia adalah pasukan belasahan.
Sebelum ini, Jepun turut mempamerkan aksi memukau apabila mengikat Belanda 2-2.
Korea Selatan pula menjadi satu-satunya wakil Asia yang mencatat kemenangan setakat ini apabila menewaskan Republik Czech 2-1, selain Qatar berjaya mengikat Switzerland 1-1.
Setakat saingan semalam, keputusan ini membuktikan b pasukan Asia bukan lagi sekadar pelengkap kejohanan, sebaliknya mampu mencabar pasukan-pasukan besar dunia. – UTUSAN










