GADANG Engineering (M) Sdn. Bhd. menganjurkan program Road Rangers in School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.
Pelbagai aktiviti seperti sesi perkongsian ilmu, kuiz interaktif dan pendedahan mengenai penggunaan topi keledar yang selamat diadakan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan SIRIM QAS International.
Program ini turut menampilkan sesi penyampaian topi keledar kepada pelajar sebagai usaha menggalakkan amalan keselamatan jalan raya sejak usia muda.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Gadang Engineering dalam menyokong usaha pendidikan dan pemupukan budaya keselamatan jalan raya demi melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab serta berhemah ketika menggunakan jalan raya. – UTUSAN










