CSR SDB bantu tingkat kemahiran, ekonomi OKU - Utusan Malaysia

CSR SDB bantu tingkat kemahiran, ekonomi OKU

INISIATIF Selangor Dredging Berhad (SDB) menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang dibangunkan sejak 2011 bertujuan membantu OKU mendapat masa depan lebih baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERAP dibuli di tempat kerja umpama mimpi ngeri buat golongan orang kelainan upaya (OKU). Mereka juga mahu mencari pengalaman dan rezeki sama seperti masyarakat lain namun kurang diberi peluang sebaliknya ramai pula merendah-rendahkan kebolehan yang dimiliki golongan ini.

Akui Muhammad Naqiuddin Amran, 33, kepada Utusan Malaysia, dia yang mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil sebelum ini pernah bekerja di pelbagai tempat namun terpaksa berhenti kerana tidak tahan apabila kerap dibuli.

Namun segala-galanya berubah pada 2017 apabila bapa saudaranya memperkenalkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Selangor Dredging Berhad (SDB) yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada golongan OKU untuk perkembangan dan masa depan lebih baik kepada mereka.

Program CSR SDB sejak 2011 itu prihatin dengan nasib OKU. Ia memberi peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan meningkatkan kemahiran OKU untuk hidup berdikari.

“Saya seronok bekerja di sini di samping dapat mempelajari pelbagai kemahiran. Hampir lima tahun bekerja di sini saya dapat belajar cara bekerja satu kumpulan, berkomunikasi antara satu sama lain termasuk pelanggan dan berdisiplin.

“Tidak seperti di tempat kerja sebelum ini yang mana saya kerap dibuli kerana kelainan upaya. Di sini, saya belajar cara menyediakan jus smoothie, mencuci kereta pelanggan dan membuat sabun yang dipelajari daripada tenaga pengajar,” katanya yang merupakan bekas pelajar di Kolej Komuniti Selayang, Selangor bagi kursus pensijilan Kulinari dan Komputer pada 2013 dan 2015.

Anak sulung daripada empat adik-beradik ini memberitahu program seperti ini banyak membantu golongan sepertinya untuk lebih berdikari menjana pendapatan dan membuat perancangan untuk masa depan.

Sementara itu, bagi Deric Foo Zhi Yu, 26, dia juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah yang sama iaitu tidak gembira bekerja di sebuah kedai serbaneka sebelum ini kerana dibuli rakan sekerja.

“Pengalaman bekerja yang saya rasai sangat berbeza. Di tempat kerja sebelum ini sangat teruk dan saya tidak gembira. Mereka membuli orang seperti saya. Di sini saya lebih seronok, tenang bekerja tanpa tekanan dan tidak dibuli lagi,” katanya yang juga mempunyai masalah pembelajaran sejak kecil.

Ujarnya, sejak menyertai program yang diperkenalkan oleh SDB pada 2014, dia kini lebih berdikari dan dapat belajar pelbagai kemahiran.

“Saya belajar datang sendiri menggunakan pengangkutan awam dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Saya dapat belajar tiga kemahiran iaitu membuat jus, mencuci kereta dan menyediakan pek ramuan herba.
Paling saya suka adalah membuat herba kerana aromanya sangat menenangkan ketika penyediaan dan pembungkusan,” katanya yang dibayar RM6 setiap satu jam bekerja.

CSR SDB bina kemahiran, peluang kerja OKU
INISIATIF Selangor Dredging Berhad (SDB) menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang dibangunkan sejak 2011 bertujuan membantu OKU mendapat masa depan lebih baik.

Peningkatan bilangan golongan berdaftar dengan Pusat Kebajikan Masyarakat Malaysia, turut menggalakkan SDB menawarkan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang pelbagai melalui program dan aktiviti seperti One-Two-Juice (kemahiran penyediaan jus smoothie), One-Two-Wash (mencuci dan membasuh kenderaan), One-Two-Gift (membuat sabun buatan tangan) dan One-Two-Boost (penyediaan pek ramuan herba teh dan sup).

Dianggarkan lebih 100 OKU menyertai program ini manakala lapan individu berusia 18 tahun ke atas kekal meneruskan program tersebut sejak lebih lima tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan SDB, Teh Lip Kim, berkata matlamat program ini adalah untuk membantu dan menambah keyakinan OKU untuk berdikari, meningkatkan komunikasi, menambah pendapatan dan menjana ekonomi sendiri.

“Kami memberi latihan bersesuaian dengan keupayaan mereka. Selain membantu berdikari, mereka turut meraih pendapatan melalui program dan aktiviti yang diadakan mengikut perayaan di Malaysia.

“Mereka dinilai secara berterusan untuk menentukan tahap keupayaan dalam pelbagai bidang dan kami mendapati ramai antara mereka yang menyertai program ini telah menunjukkan peningkatan dan perubahan yang ketara.

“Apabila mereka mahir, kami turut menggalakkan mereka meneruskan dan menyahut cabaran untuk berkhidmat di syarikat kami. SDB turut menggaji OKU dalam pelbagai jabatan seperti sumber manusia, pentadbiran pejabat dan jualan, kewangan atau mereka juga boleh menceburi perniagaan mereka sendiri,” katanya yang menjelaskan OKU berkenaan berlangsung di Function Room, Hotel Room, Kuala Lumpur.

Bersempena sambutan Hari Krismas, SDB memperkenalkan program One-Two-Boost iaitu ramuan herba. Ada juga kotak hadiah One-Two-Gift yang mengandungi sabun dan aroma herba untuk diberi sebagai hadiah kepada orang tersayang. Setiap pilihan kandungan pek kotak hadiah ini boleh dipilih mengikut kehendak pelanggan. Belian boleh dilakukan di https://12boost.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN