Azam tahun lepas sudah terlaksana atau belum? Bagaimana dengan azam tahun baru? Sudah ada perancangan terkini mengenainya? Sejauh mana azam dapat ditunaikan atau ia sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja? Seri mendapatkan Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Sofia Hayati Yusoff mengupas mengenai azam. SERI: Mengapa perlu ada azam setiap kali tiba tahun baharu? Azam itu tidak semestinya ditanam hanya pada ketibaan setiap tahun baharu…










