'Anju orang pertama infak sejadah' - Azza Elite - Utusan Malaysia

‘Anju orang pertama infak sejadah’ – Azza Elite

Azza (kanan) memuji kemurnian hati pelakon Zarina Anjoulie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Azza, 44, memuji kemurnian hati pelakon Zarina Anjoulie, 33, yang dianggap sentiasa cakna dalam urusan amal kebajikan dan memberi semula kepada masyarakat.

Menurut Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, sejak mengusahakan House of Sejadah, Anju adalah orang yang sentiasa berada di sampingnya bagi urusan kebajikan.

“Terima kasih adik kesayanganku, Anju, datang dari jauh untuk ambil dan hantarkan sejadah ke Nilai. Semoga Allah memberkati dan melindungimu wahai adikku.

“Dia jugalah insan pertama yang infakkan sejadah untuk pengikut-pengikut saya. Tentunya saya tidak akan melupakan kamu sayang. Syukur Allah SWT hadirkan insan-insan yang berhati mulia sepertimu,” katanya.

Azza berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram hari ini.

Selain itu, Azza turut berkongsi momen kenangannya bersama pelakon Anak Pontianak itu, mengaitkannya dengan hati budi yang baik walaupun di mata masyarakat pelakon itu tidak pernah terlepas dengan kontroversi.

“Dia inilah yang dalam keadaaan sarat mengandung Martin (anak Anju), menghantar makanan kepada saya sewaktu semua kedai di Brunei ketika itu tutup sebab sudah malam.

“Risau dia dengan keadaan saya tak makan masa itu sebab saya kan tak balik sebab tak ada kenderaan. Dia tanya ‘macam mana akak nak makan kak? Nanti akak lapar bila balik berniaga’.

“Lepas itu, dia datang ke lokasi saya dan bawakan makanan. Semoga Allah SWT sentiasa melindungimu dan dalam rahmat dan nikmatnya. Kalau anda kenal dia betul-betul, anda pasti akan sayangkan dia,”katanya.

Azza juga berkata, keberkatan Anju menjaga kedua orang tuanya serta anak dan keluarga sentiasa memberikannya inspirasi.

Perkongsian Azza itu turut mendapat reaksi positif daripada peminat dan pengikutnya yang juga mendoakan kebaikan dalam urusan kedua-dua artis ini.

Antara respons yang ditinggalkan oleh peminat di dalam ruangan komen menyentuh keperibadian Anju yang dikatakan tidak plastik.

“Suka dengan Anju. Dia tidak menunjuk-nunjuk, tidak plastik, rendah diri, ramah dan mesra dengan semua orang.

“Yang penting, dia tak balas balik apa yang orang buat tak baik pada dia,”kata seorang pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN