fbpx

26 Januari 2022, 7:52 am

  TERKINI

‘Abang kandung jadi suamiku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Andai diberi pilihan, kita mahu memilih. Dan pilihan itu pastinya yang terbaik. Apa lagi melibatkan masa depan sendiri.

“Tetapi saya tiada pilihan. Dia satu-satunya tempat saya bergantung . Untuk itu adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak apabila dia meminta lebih daripada saya sebagai seorang adik kandung.

Demikian menurut Shieda (bukan nama sebenar) ketika dihubungi menerusi panggilan video baru-baru ini.

Berhijrah ke Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2014 selepas kematian ibunya, itulah permulaan episod duka bagi Shieda yang ketika itu berusia 20 tahun.

Sebelum ini Sheida tinggal bersama ibunya di sebuah perkampungan di selatan tanah air. Sementara abangnya, Salleh berhijrah ke bandar raya selepas tamat tingkatan lima.

Sejujurnya, kata Sheida, dia tidak pernah sempat menikmati kehidupan bersama abang. Ketika abang berusia 17, usia saya mencecah 12 tahun. Bayangkan kami hanya bertemu setahun sekali iatu pada Hari Raya Aidilfitri.

Namun segalanya berubah selepas kematian ibu mereka 10 tahun lalu.

“Selepas selesai urusan pengebumian ibu, abang meminta saya untuk mengikutnya ke Kuala Lumpur. Perasaan malu, takut bersilih ganti ketika itu. Bayangkan saya terpaksa mengikut abang yang bagi saya orang asing,” katanya.

Menaiki bas dari sebuah pekan kecil di selatan tanah air, saya benar-benar terasa bagai berada di dunia baru. Maklumlah sejak kecil saya tidak pernah keluar dari kampung.

“Saya masih ingat, kami terpaksa berjalan kaki dari perhentian bas, Pudu Raya hingga ke Chow Kit. Tidak terasa penat kerana saya lebih asyik melihat suasana kesibukan di kiri kanan jalan.

Walaupun agak terkejut sebaik sahaja kaki melangkah menaiki tangga di salah sebuah bangunan di situ, saya hanya membontoti abang tanpa bersuara mahupun bertanya apa-apa.

Rumah kedai yang disewa abang terletak di aras dua, yang menempatkan empat bilik termasuk bilik abangnya. Ruang kecil itu hanya memuatkan tilam bujang yang sudah lusuh, almari plastik dan meja kecil yang dipenuhi botol minuman.

Disitulah kami tidur baring dan makan nasi bungkus bersama. Bilik air kecil di luar bilik terpaksa dikongsi dengan penyewa lain. Abang tidak membenarkan saya keluar kecuali untuk mandi dan membersihkan pakaian.

Saya pernah menyuarakan hasrat mencari pekerjaan, namun abang tidak membenarkan atas alasan saya tidak biasa dengan kehidupan di bandar raya.

Daripada sehari, seminggu sebulan hinggalah genap setahun, saya berkurung sahaja di bilik sewa abang. Saya sendiri langsung tidak bertanyakan apa pekerjaan abang sebenarnya. Yang saya tahu abang keluar sejak awal pagi dan pulang lewat iaitu kira-kira pukul 10 malam.

Pada hujung minggu juga, saya tidak ke mana-mana. Mujurlah sebuah televsien lama milik abang jadi teman penghibur.

“Sehinggalah pada satu malam abang pulang dalam keadaan mabuk. Saya tidak pasti apa yang berlaku pada malam itu, tapi saya dapat rasanya telah berlaku sesuatu antara kami berdua. Saya ingatkan itulah yang pertama dan terakhir kami melakukan perbuatan itu, namun sebaliknya berlaku.

“Hampir setiap hari, sebalik pulang, abang memujuk saya dan saya gagal menolaknya dan kami melakukan perbuatan terkutuk itu hampir setiap hari tanpa rasa berdosa sedikitpun.

“Semuanya berjalan seperti biasa selepas setiap kali kami melakukan hubungan intim itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Sehinggalah pada satu pagi saya rasa tidak sedap badan, terasa mual dan pening kepala.

“Perubahan itu disedari abang dan dia membawa saya ke sebuah klinik kesihatan berhampiran. Saya benar-benar terkejut apabila disahkan mengandung tiga minggu. Ketika itu saya lihat tiada riak rasa takut atau bersalah pada wajahnya.

“Selepas melahirkan Han (bukan nama sebenar) pada penghujung Februari 2016 saya semakin rasa tidak selesa memandangkan bilik kecil itu terlalu sempit untuk kami berdua.

“Sehinggalah pada satu hari, tuan rumah meminta kami keluar kerana bilik sewa itu hanya penyewa bujang. Bermula saat itu bertambah lagi episod derita Sheida. Malam itu kami tidak pilihan lain dan terpaksa tidur di bawah jambatan berhampiran bangunan kedai itu.

“Ketika itu Han berusia satu tahun. Saya terpaksa mendukungnya sambil membawa beg plastik. Membesarkan seorang anak dalam keadaan tidak sempurna besar dugaannya. Namun pejam celik, berhujan panas, hampir setahun juga kami bergelandangan.

“Berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sehinggalah pada satu hari, dengan bantuan sebuah pertubuhan sukarelawan kami ditempatkan di perumahan bertingkat. Entahlah mungkin sudah serasi hidup di bawah jambatan, kami hanya bertahan kurang dua minggu. Malam itu kami keluar rumah secara senyap-senyap.

“Saya membangunkan Han yang ketika itu sedang lena tidur. Ikutkan hati saya tidak mahu keluar, memandangkan ketika itu saya sarat mengandung. Namun saya terpaksa akur.

“Menurut abang, mereka terpaksa berpindah agar tidak ada sesiapa pun tahu apa status sebenar mereka. Lebih-lebih lagi Han yang masih belum ada sijil kelahiran”.

BERBUMBUNGKAN LANGIT

Bermulalah episod kehidupan Shieda apabila kami anak beranak sekali lagi terpaksa hidup berbumbungkan langit, berlantaikan simen sehingga melahirkan Reen (bukan nama sebenar)

Kematian abang pada Mei tahun 2020, akibat paru-paru berair membuka lembaran baru hidup saya. Memang saya sedih sangat-sangat. Memandangkan orang yang saya sayang selama ini pergi buat selama-lamanya.

“Namun jauh di sudut hati, saya benar-benar lega kerana sudah tidak lagi berterusan berbuat dosa dengan abang sendiri.

“Kini hampir setahun berlalu, saya reda dengan ketentuan. Bukan saya tidak rindu kepada tiga anak saya, Han, Erin dan anak ketiga kami, Sha (bukan nama sebenar) yang lahir seminggu selepas kematian abang namun saya memilih untuk meneruskan kehidupan tanpa terlalu memikirkan mereka.

Saya bersyukur kehidupan anak-anak kini lebih terjamin. Soal siapa ayah mereka, biarlah ia menjadi rahsia.

Demikian cerita Shieda, tentang perjalanan hidupnya yang penuh berliku.

Sebelum kami menamatkan perbualan, saya ada bertanyakan tentang tiga anaknya itu.

“Han dan Reen kini ditempatkan di salah sebuah pusat perlindungan kanak-kanak, sementara Sha diserahkan kepada sebuah keluarga angkat.

“Bohong kalau tak rindu, tapi ia cara terbaik bagi memastikan kehidupan mereka lebih baik daripada saya. Mereka berhak untuk hidup lebih baik daripada saya,” cerita Shieda yang kini menjadi pembantu rumah kepada sebuah keluarga di Damansara.

POPULAR

KOSMO! TERKINI