23 Ogos tarikh akhir kemuka usul - Utusan Malaysia

23 Ogos tarikh akhir kemuka usul

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Notis usul undi percaya perlu dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat selewat-lewatnya 23 Ogos ini, iaitu 14 hari sebelum sidang Parlimen dibuka pada 6 September.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu telah dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat kepada semua ahli parlimen pada 6 Ogos lalu.

“Mengikut Peraturan Mesyua­rat, apa-apa usul termasuklah usul undi percaya ataupun tidak percaya mestilah diberi pembe­ritahu sekurang-kurangnya 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

“Sekiranya sesuatu usul itu ialah Usul Menteri, menteri boleh beri pemberitahu tujuh hari sahaja.“Ataupun sekiranya saya puas hati bahawa ia adalah untuk faedah orang ramai dan perlu dibahaskan segera, Usul Menteri boleh dibuat dengan pemberitahu satu hari sahaja,” kata beliau semalam.

Pada 4 Ogos lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menentukan keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri melalui Usul Undi Percaya di Parlimen pada September ini.

Namun beliau yakin masih ada sokongan majoriti sekali gus menjadikan isu peletakan jawatan bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan seperti yang didesak oleh UMNO tidak berbangkit.

Muhyiddin berkata, beliau menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan menerima surat akuan daripada ahli Dewan Rakyat dan masih mempunyai kepercayaan majoriti ketika ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN