Risole sajian mudah untuk minum petang - Utusan Malaysia

Risole sajian mudah untuk minum petang

Risole rangup di luar tetapi lembut pada bahagian dalamnya dan sesuai untuk sajian minum petang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasa yang rangup ditambah pula dengan keenakan inti ayam dan kentang membuatkan risole menjadi sajian enak untuk dinikmati terutamanya pada waktu petang.

Kadangkala buntu juga memikirkan apa sajian sedap buat keluarga.

Resipinya juga agak mudah. Selamat mencuba!.

Bahan-bahan untuk kulit:
* 210 gram (g) Tepung gandum
* 480 militer (ml) air
* 60 ml susu cair
* 3 sudu kecil minyak
* 3 biji telur
* 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk inti:
* 300g daging kisar
* 300g kentang (dipotong dan direbus)
* 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
* 3 ulas bawang putih (dicincang)
* Lada sulah
* Garam

* Bancuhan tepung dan air

Bahan-bahan salutan:
* Serbuk Roti
* Mozarella Cheese

Cara penyediaan inti:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar, masak sehingga air daging kering sedikit.
4. Masukkan sedikit lada sulah dan garam.
5. Masukkan kentang yang sudah direbus.
6. Letakkan sedikit bancuhan tepung gandum dan air.
7. Masak sehingga semua bahan sebati

Cara penyediaan kulit:
1. Masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga larut.
2. Selepas sudah sebati, tapis ke dalam mangkuk lain.
3. Sapukan sedikit minyak di atas kuali.
4. Tuangkan bahan kulit tadi ke atas kuali (agak-agak saiz sebesar 24 sentimeter).
5. Masak sebelah sahaja dan ulang sehingga bahan kulit habis.
Cara penyediaan akhir:
1. Letakkan kulit risole yang telah disiapkan tadi, letak inti diatasnya dan mozarella cheese di atasnya.
2. Balut risole seperti membalut popia.
3. Ulang proses sama sehingga bahan semu habis.
4. Pecahkan telur dan letak di dalam mangkuk yang lain.
5. Masukkan risole yang sudah disiapkan tadi, celup kesemuanya.
6. Masukkan risole yang telah dicelup telur tadi ke dalam serbuk roti sehingga rata.
7. Ulang sehingga semua risole sudah diletakkan serbuk roti.
8. Sejuk bekukan risole selama sejam sebelum digoreng.

TERIMA KASIH: Abdul Rahman Zulhairy & Ili Naquiah Johari

Instagram: @dapuriliy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×