KEKUATAN otot membolehkan tubuh menjalani hidup yang aktif dan bertenaga.
Apabila badan mula berasa kurang sihat, ia adalah disebabkan kehilangan jisim dan kekuatan otot terutama ketika usia semakin meningkat.
Jisim otot yang lebih rendah sering dikaitkan dengan banyak kesan buruk pada kesihatan termasuk kerap sakit, berasa lemah, mengalami kecederaan dengan mudah, kemerosotan pergerakan fizikal dan kehilangan keupayaan berdikari.
Namun ramai yang menghadapi kesukaran untuk mengekalkan rutin senaman dan diet seharian apabila sibuk bekerja, menguruskan keluarga dan keutamaan lain yang memakan masa.
Justeru kesedaran tentang ‘usia otot’ akan mendorong individu supaya lebih menitikberatkan gaya pemakanan dan senaman untuk membina dan menjaga kesihatan otot sepanjang hidup.
Pengarah Perubatan Perniagaan Pemakanan Abbott di Malaysia, Dr. Nina Mazera Mohd. Said berkata, walaupun ramai yang menyedari kepentingan kesihatan otot tetapi ia masih kurang dititikberatkan.
Katanya, rakyat Malaysia boleh mengukur dan mengenal pasti usia otot dengan melakukan ujian senaman ringan seperti duduk dan berdiri sebanyak lima kali serta masukkan bacaan masa pada Kalkulator Usia Otot atau Muscle Age Calculator.
“Senaman ini penting bagi orang dewasa berumur 65 tahun dan ke bawah untuk memastikan kekuatan otot di bahagian anggota bawah badan kerana usia biologi seseorang tidak semestinya sama dengan usia otot.
“Hanya dengan tiga langkah sahaja, kita akan dapat mengetahui usia otot melalui ujian senaman ini. Langkah pertama, pilih kerusi yang pegun dan kukuh. Kedua, setkan masa dan mulakan senaman duduk dan berdiri sebanyak lima kali dengan kedua-dua tangan dilipat di hadapan, secepat yang mampu. Ketiga, dengan Kalkulator Usia Otot, nyatakan umur dan jantina serta masukkan bacaan senaman tadi. Ia akan memadankan masa senaman dengan kumpulan umur biologi,” katanya.
Abbott Ensure Gold melancarkan Kalkulator Usia Otot. Layari laman sesawang https://abbottnutrition.com.my/products/ensure-gold untuk mencuba cabaran ujian senaman ini dan mengenalpasti usia otot.
Dalam pada itu, menurut kajian Kumpulan Kerja Asia untuk Sarcopenia (AWGS), jika orang dewasa berumur 65 tahun dan ke atas mengambil masa melebihi 12 saat untuk melakukan senaman duduk dan berdiri ini, ia berkemungkinan terjejas dengan sarcopenia atau sarkopenia iaitu kehilangan otot disebabkan proses penuaan.
Selain itu, bagi mereka yang sukar untuk mengamalkan diet seimbang setiap hari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan makanan tambahan bernutrisi oral (ONS) untuk meningkatkan jisim dan kekuatan otot, yang turut menyokong mobiliti dan kecergasan. Pengambilan CaHMB, iaitu metabolit amino asid penting leusina yang terdapat secara semula jadi menerusi makanan dalam kuantiti yang kecil, terbukti dapat membantu memulihkan kekuatan badan.










