Fujitsu tawar komputer riba lebih nipis, ringan - Utusan Malaysia

Fujitsu tawar komputer riba lebih nipis, ringan

Komputer ribaFujitsu CH yang didatangkan dengan berat kurang 999 gram dan ketebalan hanya 15.88 millimeter menjadikan ia sesuai dibawa ke mana sahaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama elektronik, Fujitsu menawarkan dua produk baharu yang lebih menepati citarasa pengguna masa kini, komputer riba Fujitsu CH dan Fujitsu UH-X.

Bagi Fujitsu CH, ia didatangkan dengan berat kurang 999 gram (g) dan ketebalan hanya 15.88 millimeter (mm) menjadikan ia sangat sesuai untuk dibawa ke mana sahaja tanpa membebankan pengguna.

Komputer riba dengan rekaan bergaya ini juga bukan saja memudahkan pengguna melakukan kerja di mana-mana sahaja. Malah ia dikuasakan oleh Intel Evo bersama cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-11 i5 untuk prestasi yang lebih lancar.

Spesifikasi lain, ia dilengkapi paparan definisi tinggi penuh (FHD) dengan kecerahan sehingga 400 nit membolehkan pengguna dapat menikmati visual menarik dengan resolusi lebih besar tanpa penggunaan kuasa yang berlebihan.

Untuk ciri keselamatan, produk ini hadir bersama Windows Hello iaitu teknologi berdasarkan biometrik. Ia membolehkan pengguna log masuk ke dalam peranti menggunakan pengecaman wajah.

Bagi Fujitsu UH-X pula, jenama berkenaan mengatakan ia merupakan antara model paling ringan yang pernah ditawarkan dengan berat hanya 749g dan ketebalan 15.5mm.

Seperti semua peranti keluaran jenama berkenaan sebelum ini, ia merangkumi standard Keahlian Takumi untuk memberi keseimbangan reka bentuk dan prestasi yang memuaskan kepada pengguna.

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Generasi ke-11 i7 dan i5, ia masih memberikan jaminan pengguna akan menikmati prestasi penggunaan yang lancar dan laju walaupun melakukan tugasan dari mana sahaja.

Dari segi keselamatan pula boleh dikatakan agak bagus kerana ia didatangkan bersama dengan pengesan cap jari pada butang mula yang bekerjasama sokongan Windows Hello.

Ciri keselamatan ini agak memuaskan bagi melindungi maklumat sulit dalam komputer riba.

Produk ini sudah mula ditawarkan di platform Lazada dengan harga bermula RM3,999.

Spesifikasi Fujitsu CH
» Berat: 999g
» Ketebalan: 15.88mm
» Cip pemprosesan: Intel Core Generasi ke-11 i5
» Harga: Bermula RM3,999

Fujitsu UH-X
» Berat: 7499g
» Ketebalan: 15.5mm
» Cip pemprosesan: Intel Core Generasi ke-11 i5, i7
» Harga: Bermula RM4,399 (i5), RM5,399 (i7)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN