Perperangan dengan Covid-19 masih belum selesai, malah bertambah tenat. Maka keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kelonggaran menggunakan ubat Ivermectin untuk Covid-19 berikutan permohonan berasingan adalah kena pada masanya. Pada ketika itu, Malaysia sudah mula merentasi jumlah sejuta pesakit terjangkit koronavirus. Apakah kaitan Ivermectin dalam perhitungan pandemik sedia ada? Ubat tersebut telah lama disebut-sebut tatkala lebih sering dilaporkan sebagai bahan mampu mengatasi pandemik Covid-19. Terutama sekali dikatakan berkesan kepada para pesakit…