Mendidik anak adalah satu kewajiban yang di pikul di bahu orang tua. Lebih-lebih lagi anak perempuan.
Hal ini bukan di lihat dari aspek kebendaan dari keperluan anak perempuan pada pakaian dan peralatan make up dan lain-lain atau belanja untuk anak perempuan lebih banyak berbandingkan anak laki-laki, akan tetapi dari aspek tangungjawab yang agak berpanjangan.
Di antara Teladan Rasulullah SAW dalam mendidik anak perempuan dapat di lihat dalam kehidupan beliau bersama dengan Siti Fathimah R.Aa. dengan penuh kasih sayang keakraban dan pendidikan. Diriwayatkan dalam hadis sahih Bukhori:
“Puteriku merupakan sebahagian daripadaku, sesiapa yang menyulitkan dirinya, maka ia sebenarnya turut menyulitkan diriku dan sesiapa yang menyakiti dirinya, maka orang berkenaan juga menyakiti diriku,”.
Sikap baginda ini menunjukkan betapa besar kasih sayang Baginda kepada anak perempuannya, iaitu Siti Fatimah R.A.
Di lahirkan dalam keadaan masyarakat jahiliyyah memandang rendah pada wanita, namun baginda menunjukkan pembelaan dan simpati sekali gus menunjukkan ketinggian kedudukan anak perempuan dalam Islam.
Hal ini sekali gus menolak amalan keji masyarakat Arab Jahiliah yang menganggap anak perempuan sebagai suatu bentuk kehinaan.
Perhatian nya kepada anak perempuan juga di lihat dari keinginan baginda untuk memberi lebih kepada anak perempuan. Beliau berpesan:
“Hendak lah kamu sama ratakan dalam pemberian terhadap anak-anakmu, kalau aku boleh memberi kelebihan, maka aku akan beri lebih kepada anak perempuan,”.
Keakraban hubungan antara Nabi SAW dengan puterinya menyebabkan Fatimah R.A. sebagaimana dikatakan oleh Sayyidatuna `Aisyah R.A., memiliki cara bertutur dan berjalan yang amat mirip dengan Baginda.
Siti Aisyah menceritakan: Aku tak pernah lihat seseorang yang menyerupai Rasulullah SAW dalam sikap dan gerak geriknya seperti Fathimah. Baginda akan bangun menyambut kedatangan Fathimah demikian sebaliknya. Sedimikian tinggi penghormatan baginda kepada siti Fathimah R.A.
Namun begitu, baginda mendidiknya agar memiliki rasa tanggung jawab diri sendiri dalam ketaatan nya kepada Allah SWT. Dalam sabdanya:
“Wahai Fathimah! Beramal lah kamu, kerana sesungguhnya aku tak dapat melindungi engkau di hadapan Allah nanti,”.
Kata-kata ini bukan menunjukkan bahwa Rasulullah tidak mempunyai peranan langsung di akhirat terhadap keluarga nya dan ummat nya, bagaiman tidak sementara al Quran sendiri menjanjikan safaat untuk Rasulullah SAW yang di namakan ‘al wasilah’.
Di samping itu baginda sendiri memberitahu bahawa siti Fathimah salah satu penghulu kaum wanita di syurga.
Pesanan ini adalah sebagai tauladan kepada orang tua untuk mengingatkan anak perempuan agar taat kepada Allah SWT.
Di saat usia siti Fathimah meningkat remaja dan bersedia untuk menikah, baginda menikahkanya dengan sayyidina Ali bin Abi Thalib dengan penuh kesederhanaan.
Memulakan apa yang di sampaikan bahwa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling sederhana maskahwinnya dengan perkahwinan putrinya itu, tidak menjadikan kebendaan menjadi tujuan.
Namun keutamaan pada agama, ilmu, hikmah, serta akhlaq dan kepribadian yang unggul. Itulah yang ada pada diri sayiidina Ali bin Abi Thalib.
Tak cukup di situ, kasih sayang Nabi SAW kepada Fatimah juga ketara melalui cara Baginda mententeramkan dan mendidik puterinya itu untuk menangani kesulitan menguruskan rumahtangga.
Di samping kesukaran hidup dalam kemiskinan yang di hadapinya. Siti Fathimah datang meminta bantuan agar di berikan seorang pembantu yang membantunya bekerja di rumah, namun baginda memberinya amalan yang lebih baik dari pembantu iaitu bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali, dan bertakbir 34 kali sebelum tidur.
Pada dasarnya Baginda Rasulullah mampu untuk memberi putrinya seorang pembantu bahkan, namun oleh kerana ia adalah hak baitul mal yang di agihkan kepada kaum muslimin, maka Rasulullah memberikannya kepada kaum muslimin. Di sini baginda mendidik putrinya agar menjaga hak orang dan tidak memanfaatkan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri walaupun sebagai putri Rasulullah SAW.
Sungguhlah Fatimah al-Zahra’ menjadi simbol kejayaan Nabi SAW dalam mendidik dan membesarkan seorang anak perempuan.
Tanggungjawab mendidik serta menunaikan hak anak-anak bahkan juga saudara perempuan ditegaskan Nabi SAW melalui Hadis Baginda dalam pelbagai riwayat.
Antaranya termasuklah Hadis daripada Abu Sa`id al-Khudri R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan atau saudara perempuan atau dua orang anak perempuan atau saudara perempuan lalu ia berbuat baik dan bertakwa kepada Allah dalam urusan mereka, maka disediakan untuknya syurga.” (Al-Tirmizi)
Firman Allah SWT:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al Ahzab 59)
Sebagai kesimpulan Nabi SAW menekankan hak anak dan saudara perempuan untuk ditunaikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Baik Hak yang meliputi aspek lahiriah seperti makan minum pakaian dan tempat tinggal, juga aspek batiniah yang terangkum pendidikan keimanan dan kerohanian dan ketaatan kepada Allah SWT.










