WALAUPUN mengalami kecacatan di muka dan hilang penglihatan sebelah mata akibat disimbah asid, kekurangan tersebut tidak menjadi penghalang bagi seorang wanita dari India untuk terus menikmati kehidupan. Malah peristiwa malang tujuh tahun lalu, langsung tidak mematahkan semangat Reshma Qureshi, 25, untuk terus bangkit dengan kekurangan yang dialami. “Parut di wajah saya adalah sebahagian daripada diri saya dan saya tidak mahu menyembunyikannya lagi,” kata Reshma yang merupakan salah seorang mangsa serangan…










