5,600 angkat sumpah anggota tentera baharu Venezuela

5,600 angkat sumpah anggota tentera baharu Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Sebanyak 5,600 anggota tentera baharu Venezuela mengangkat sumpah kelmarin, sekali gus menyaksikan usaha memperkukuh pertahanan negara ketika Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tekanan ketenteraan di rantau Caribbean.

Presiden Nicolas Maduro sebelum ini menggesa peningkatan pengambilan anggota tentera selepas AS menghantar armada kapal perang termasuk kapal pengangkut pesawat terbesar dunia ke Caribbean, dengan alasan memerangi kegiatan penyeludupan dadah.

Serangan udara AS itu menyasarkan sekurang-kurangnya 22 bot dan menyebabkan 83 orang terkorban.

Washington menuduh Maduro mengetuai kumpulan jenayah terancang yang digelar Cartel of the Suns yang diisytiharkan sebagai organisasi pengganas.

Maduro pula menyifatkan operasi ketenteraan AS itu bertujuan menggulingkannya serta merampas rizab minyak Venezuela.

“Kita tidak akan sesekali membenarkan pencerobohan kuasa imperialis,” tegas Kolonel Gabriel Alejandro Rendon Vilchez.

Venezuela kini memiliki 200,000 anggota tentera dan 200,000 pegawai polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN