GUA MUSANG: Sebahagian besar daripada 15,996 masyarakat Orang Asli di 16 penempatan utama di daerah ini masih menjalani kehidupan harian mereka tanpa bekalan elektrik sejak negara mencapai kemerdekaan 64 tahun lalu. Daripada 16 penempatan utama tersebut, hanya tujuh lokasi menikmati bekalan elektrik manakala penduduk di sembilan lagi penempatan utama masih bergantung kepada cahaya api lilin atau pelita untuk menerangi kegelapan malam. Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, setakat…










