PETALING JAYA: DAP yang memiliki kedudukan terbesar di Dewan Rakyat berbanding parti lain sama ada blok kerajaan atau sekutunya sendiri, PKR dengan 42 ahli Parlimen dilihat berpotensi mengetuai satu pakatan politik terkuat tanah air. Meskipun berhadapan krisis kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) sehingga tumbangnya kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk beberapa siri ahli Parlimen melompat parti, DAP kekal kukuh menerusi penguasaan wakil rakyat teramai di samping tiada rekod melompat parti. Situasi ini…










