UMNO perlu lakukan pemilihan sebelum PRU - Utusan Malaysia

UMNO perlu lakukan pemilihan sebelum PRU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMNO perlu segera menentukan ketua yang berpengaruh untuk menyatukan ahli-ahli­nya dalam membuat persedia­an menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut sumber, ketibaan vaksin Covid-19 memberi bayangan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat, namun ahli-ahli UMNO masih ‘‘goyah’ dengan masalah dalaman, berpuak-puak mengikut pe­mimpin-pemimpin tertentu.

Jelas sumber, PRU seperti peperangan yang memerlukan ketua dan pasukan yang kuat serta senjata ampuh.

“Dalaman UMNO kini masih lagi ‘goyah’ dan mereka tidak mempunyai ketua untuk mengetuai peperangan. UMNO perlu melakukan pemilihan segera dengan memikirkan medium yang sesuai ketika negara masih lagi dilanda Covid-19.

“Apabila melakukan pemilihan, mereka akan mempunyai pasukan yang bersedia untuk berhadapan dengan PRU. Bayangkan jika Parlimen dibubarkan dan mereka tidak bersedia, maka akan berlaku sabotaj dalam parti. Sebab itu, pentingnya UMNO melakukan pemilihan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr. Mazlan Ali berkata, UMNO kini mempunyai tiga kumpulan iaitu kluster mahkamah, kabinet dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, apabila banyak kluster, ia akan mempengaruhi persiapan parti.

“Pakatan Harapan (PH) su­dah mempunyai persefahaman berhubung calon berbeza dengan UMNO.

“Malah, pendirian mereka dalam kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) juga dilihat tidak akan terjalin ke­rana UMNO seakan-akan tidak mahu berkompromi tidak se­perti Pas dan Bersatu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN