Ramalan BN menang besar tersasar daripada realiti

Ramalan BN menang besar tersasar daripada realiti

FAHMI Fadzil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Ramalan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah tidak benar.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil berkata, ramalan pemimpin DAP itu meleset dan tersasar jauh dari landasan.

“Dr Ong (Kian Ming) adalah sahabat saya dan selalu bertengkar dengan beliau sewaktu menjadi Ahli Parlimen dulu.

“Dia berhak mempunyai pandangan tetapi pandangan itu meleset, jauh tersasar daripada realiti,” katanya ketika ditemui selepas Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Istana, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kian Ming dilapor meramalkan BN mencatat kemenangan besar pada PRN Johor kali ini dengan dijangka membolot hingga 53 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kian Ming yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kebarangkalian BN meraih kemenangan besar kini meningkat daripada lebih 50 peratus kepada lebih 60 peratus selepas minggu pertama kempen PRN itu.

Katanya, unjuran itu adalah berdasarkan tiga senario iaitu yang memihak kepada BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), dengan menggunakan data undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, dakwaan tersebut tiada kaitan dengan kelewatan PH mengumumkan manifesto sebaliknya ia dilakukan tepat pada masanya.

Katanya, PH memilih tempoh yang sesuai sebelum mengumumkan manifesto selepas mengambil kira keperluan serta persetujuan bersama pimpinannya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi PH, kita pilih masa untuk umumkan manifesto dan setelah kita rasakan bahan kepada manifesto itu cukup lengkap barulah kita umum.

“Saya kira kita luncurkan tepat pada masanya pada Jumaat bersamaan minggu kedua kempen. Jadi cukup masa setelah kita perkenalkan calon, sekarang dua-dua pihak akan memperagakan manifesto masing-masing,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN