Dua remaja maut motosikal langgar kerbau

Dua remaja maut motosikal langgar kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar seekor kerbau dalam kejadian di Kilometer 11, Jalan Lakai-Simpang Durian, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintenden Azizan Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999 berhubung insiden tersebu kira-kira pukul 3.10 pagi

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa masing-masing berusia 17 dan 19 tahun sedang menunggang motosikal dari arah pekan Simpang Durian menghala ke Lakai sebelum dipercayai melanggar seekor kerbau yang melintas jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Mereka telah dihantar ke Hospital Jelebu untuk mendapatkan rawatan lanjut bagaimanapun lebih kurang pukul 4.05 pagi, pihak hospital mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 289 Kanun Keseksaan (kecuaian berkenaan dengan haiwan) serta Seksyen 10 Akta Binatang 1955 kerana binatang peliharaan dibiarkan berkeliaran di atas jalan raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN