KEPALA BATAS: Pengeluaran beras di negeri ini dikhuatiri terancam apabila pesawah sukar mendapat bekalan benih padi sah untuk memulakan kerja-kerja menanam padi yang didakwa akibat daripada monopoli pihak-pihak tertentu. Apa yang membimbangkan, masalah itu dihadapi majoriti pesawah padi di daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini yang mana 60 peratus bekalan beras negeri ini ketika ini disumbangkan oleh pesawah dari daerah berkenaan. Seorang pesawah dari Unit Padang Tembusu, Mohd. Yusri…










