WADUH, waduh… baru sahaja dibuka ruang sedikit kepada akar umbi parti-parti yang akan masuk gelanggang pilihan raya umum (PRU), berderu-deru respons yang datang. Kalau baca Utusan Malaysia sehari dua ini, macam-macam komen berkisar tuntutan, desakan, kemahuan dan kehendak daripada orang Parti Bersatu, UMNO dan Pas pasal kawasan yang ingin ditandingi? Ada ketikanya komen diutarakan seakan `tak ukur baju di badan sendiri’. Sehinggakan meski kalah semua kerusi ditandingi dalam pilihan raya…