Syarat, caj tambahan baharu bakal haji - Utusan Malaysia

Syarat, caj tambahan baharu bakal haji

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa sya­rat dan caj tambahan baharu akan dikenakan kepada bakal haji bagi musim haji akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri berkata, perkara itu berkait rapat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) termasuk langkah keselamatan lebih ketat yang dikuatkuasakan kerajaan Arab Saudi.

Katanya, Riyadh mengambil langkah itu bagi membendung Co­vid-19, lebih-lebih lagi pene­muan varian baharu yang kini melanda United Kingdom (UK).

“Bakal haji perlu bersedia khususnya dari segi kewangan. Kerajaan Arab Saudi mungkin membuat pemilihan bakal haji, keutamaan diberi kepada aspek kesihatan.

“Jemaah haji perlu membiasakan diri dengan kebiasaan baharu jika terpilih nanti. Bersedia dari segi kesihatan fizikal dan mental,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-37 yang disertai lebih 500 pe­ngendali kursus haji secara dalam talian di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Md. Nor Yusof dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff.

Dalam muzakarah itu, lima kertas dibentang meliputi isu kemampuan mengerjakan haji ketika tempoh Covid-19.

Dalam sidang akhbar, Zulkifli memberitahu, keputusan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi akan dibincangkan Kabinet dan keputusan terbaik akan dibuat mengambil kira beberapa faktor.

Malah katanya, kerajaan juga akan berunding dengan Riyadh mengenai perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN