KUALA KANGSAR: Tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri Perak, bukan sejarah yang mahu dibanggakan. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara itu tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan seseorang pemimpin. “Ia cerminan kegagalan kepemimpinan dalam kalangan ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran…