PUTRAJAYA: Kerajaan dalam proses rundingan akhir dengan tiga syarikat pengeluar vaksin Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan turut menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Astra Zeneca bagi perolehan 6.4 juta dos atau tambahan 10 peratus.
Kata beliau, ini menjadikan jaminan bekalan vaksin 40 peratus yang telah diperoleh menerusi perjanjian bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan AstraZeneca.
“Kerajaan menjangkakan bekalan pertama sejuta dos vaksin Pfizer mula diberika Kerajaan dalam proses rundingan akhir dengan tiga syarikat pengeluar vaksin Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.n kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021.
“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan akan terus memantau keberkesanan dan keselamatan vaksin setelah diperoleh dan digunakan,” katanya dalam perutusan disiarkan menerusi RTM semalam.
Perdana Menteri memberitahu, kerajaan akan memastikan bekalan vaksin Covid-19 dapat diperoleh pada kadar segera.
Beliau yang menawarkan diri menjadi antara individu pertama menerima suntikan berkata, perkara itu ditegaskan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang ditubuhkan dan dipengerusikan bersama Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Katanya, ini bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh selamat dan berkesan.
Katanya, ini akan diikuti petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.
“Melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai buat masa ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah AS$504.4 juta (RM2.05 bilion).
“Jumlah 80 peratus ini melebihi sasaran awal kita iaitu untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus rakyat Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, perjanjian dengan Sinovac, CanSino serta Gamaleya ini juga akan memberi nilai tambah kepada sektor sains dan teknologi tempatan yang bakal memberi pulangan kepada rakyat dan pembangunan negara.
Kata beliau, ini termasuk melakukan proses pembotolan vaksin di dalam negara, penyelidikan dan pembangunan serta perkongsian pengetahuan dan pemindahan teknologi. – UTUSAN










