Beri lebih masa kepada pelajar - Utusan Malaysia

Beri lebih masa kepada pelajar

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan me­minda tarikh peperiksaan awam mengambil kira pelbagai faktor termasuk mengatur aspek logistik berkaitan peperiksaan khusus bagi negeri terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam gelombang ketiga dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi kesan kepada persiapan murid untuk peperiksaan.

Katanya, walaupun sekolah dibuka secara berperingkat Jun lalu, banyak ditutup semula dise­babkan penguatkuasaan PKPB.

“Ada negeri yang tutup sekolah lebih empat minggu.

“Dengan pindaan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SPMV), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) calon mempun­yai masa panjang untuk mem­buat persediaan rapi,” ka­tanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen dalam sesi jawab per­tanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Katanya, pelajar mempunyai masa membuat persediaan sebelum pembelajaran bersemuka apabila sekolah dibuka semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN