Stok petroleum selamat, cukup sehingga akhir tahun

Stok petroleum selamat, cukup sehingga akhir tahun

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memastikan stok petroleum negara berada pada tahap yang selamat dan mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026.

Kementerian Ekonomi berkata, setakat Jun 2026, bekalan minyak dan bahan api negara kekal dalam keadaan terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik, susulan tindakan proaktif kerajaan yang dilaksanakan secara berfasa sejak berlaku gangguan di Selat Hormuz mulai 28 Februari 2026.

“Harga minyak mentah Brent yang mencecah paras tertinggi AS$144.50 setong pada awal April 2026 menyusut kepada AS$99.29 setong bagi tempoh 1 hingga 5 Jun 2026, mencerminkan sentimen pasaran yang semakin positif berikutan perkembangan rundingan damai.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak memandang ringan situasi ini memandangkan kekangan bekalan fizikal dan susutan inventori global masih wujud,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai status semasa keterjaminan bekalan minyak dan bahan api negara bagi tempoh Julai 2026 hingga Disember 2026.

Beliau turut memaklumkan sepanjang tempoh krisis, kerajaan komited untuk memastikan bekalan asas mencukupi, harga kekal terkawal dan rakyat terlindung daripada kesan ketidaktentuan pasaran global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN