JOHOR BAHRU: Johor mengorak langkah mengawal perkahwinan rakyatnya dengan warga asing bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa pihak yang cuba mengambil kesempatan ketika berada di negara ini apabila bercadang memperketatkan undang-undang sedia ada. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Dr. Noh Gadut berkata, taktik lelaki asing berkahwin dengan wanita tempatan semata-mata mahu mendapat manfaat sama seperti warganegara perlu ditangani dengan mengetatkan prosedur permohonan perkahwinan. Katanya, walaupun perkahwinan campur dibenarkan dalam…










