Kalau sebut nama Iqram Dinzly, pasti pelbagai gelaran kita dengar. Ada yang panggil dia gila, hadap perhatian malah ada yang gelar dia munafik!
Macam-macam sebenarnya kecaman yang perlu ditelan Iqram atau kini dikenali sebagai Iq. Tapi tak boleh salahkan warganet semata, video atau gambar yang dimuat naik pelakon itu pun turut mengundang kecaman.
Namun itu cerita dulu, jelas Iq dia sudah ‘insaf’. Dia tidak mahu lagi menjadi papan dart hinaan dan kecaman warganet. Cukup-cukuplah!
Baru-baru ini kecoh pula dakwaan kononnya dia hidup ‘dibela’ penyanyi duo kembar, Aishahanim. Biar betul! Pelik -peliklah Iq ini.
Tapi pasangan kembar seiras yang popular dengan lagu Angkara ini tegas menafikan dakwaan tersebut. Mereka hanya membantu, bukan `spedo’ Iq.
“Kami sudah kenal Iq, sama-sama anak kelahiran Ipoh. Malah, dia pun pernah jadi duta pakaian kami. Tak ada istilah taja, spedo!
“Memang dia ‘gila’ dalam media sosial, tetapi bila jumpa depan-depan normal sahaja. Ini cara kami hendak bantu dia, itu pun orang tuduh macam-macam,” jelas penyanyi lagu latar drama Akasia, Bukan Gadis Biasa itu.
Dalam pada itu, Iq turut meluahkan rasa terima kasih kepada pasangan kembar itu kerana sering membantunya di kala ramai yang menghina dan memberi persepsi negatif.
“Dibela? Ya, saya sering dibela ramai ‘bidadari’ yang dapat mengawal kenakalan saya. Tetapi bukan dibela tanpa kudrat kerja.
“Alhamdulillah, saya sentiasa disayangi orang sekeliling. Paling penting, kita sentiasa bersyukur dan mantapkan ibadah,” katanya. –Hangat seminggu, Mingguan Malaysia.










