Warga emas raih RM420,000 setahun hasil padi - Utusan Malaysia

Warga emas raih RM420,000 setahun hasil padi

WALAUPUN usia mencecah 73 tahun, Aziz Saad masih bertenaga menjalankan kerja-kerja di sawah padi miliknya di Sungai Baru, Mukim Gunung Keriang, Alor Setar. Foto: SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Usia tidak meng­ha­lang seorang warga emas, Aziz Saad, 73, dari Sungai Baru, Mukim Gunung Keriang di sini mengusahakan sawah seluas 32 hektar termasuk 14 hektar di ba­wah projek estet padi.

Ketekunan Aziz berbaloi apa­bila dapat menjual tuaian kepada Kilang Beras Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) Sungai Baru melebihi 200 tan metrik berharga RM100,000 hingga RM210,000 setiap musim.
Penanaman padi semusim me­makan masa lima bulan, bermakna dalam setahun Aziz dapat me­ngumpul sehingga men­ce­cah RM420,000 setahun.

Rezekinya di­berkati apabila lima anaknya berusia 27 hingga 47 tahun berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi termasuk di luar negara.

Aziz berkata, dia mula menjadi pesawah sejak berusia 28 tahun dengan mengusahakan tanah sendiri seluas satu hektar yang dibeli dengan harga RM11,000 ketika itu.
“Bermula secara kecilan, saya bersemangat meluaskan kawasan tanaman padi de­ngan membeli satu hektar lagi tanah.

“Pada masa ini, saya dibantu seorang pekerja mengusahakan tanaman padi di dua hektar ta­nah milik sendiri dan kira-kira 30 hektar lagi saya pajak dan sewa.

“Saya mahu meluaskan ka­wa­san tanaman padi kepada 57 hektar berbanding 32 hektar sebaik saja dua anak saya menjadi pesawah sepenuh masa dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui semalam.
Aziz yang juga bilal di Masjid Hidayatul Solihin, Sungai Baru berkata, kos menanam padi se­musim di sawah seluas satu hektar menelan belanja RM3,000.

Katanya, kos melibatkan kerja-kerja membajak, menabur benih, membaja, meracun, menuai, upah pekerja dan menghantar padi ke kilang padi.

“Saya dapat menjimatkan kos selepas membeli dua traktor, dua buah lori dan beberapa peralatan lain untuk tanam padi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN