Sekolah di Kedah beroperasi seperti biasa esok

Sekolah di Kedah beroperasi seperti biasa esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Semua institusi pendidikan di Kedah akan beroperasi seperti biasa esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan pemantauan negeri itu masih di bawah paras 100, setakat pukul 2 petang ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu bagaimanapun tertakluk kepada sebarang arahan terbaharu daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah dan institusi pendidikan diingatkan supaya sentiasa memantau perkembangan jerebu serta bacaan IPU melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memberikan perhatian kepada murid dan warga pendidikan yang mengalami masalah kesihatan, khususnya mereka yang sensitif terhadap keadaan kualiti udara.

“Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya terdapat murid atau warga pendidikan yang menunjukkan gejala tidak sihat,” menurut kenyataan itu.

JPN Kedah turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berhubung kepentingan memelihara keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Jabatan itu memaklumkan akan terus memantau situasi jerebu dan menyelaras tindakan bersama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta institusi pendidikan berdasarkan bacaan semasa dan arahan pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini