KUALA LUMPUR: Malaysia mampu bangkit semula lebih awal daripada kemelesetan ekonomi ekoran wabak Covid-19 walaupun Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi dunia akan terus menguncup kepada 4.9 peratus sehingga tahun depan. Badan ekonomi dunia itu juga menganggarkan 300 juta hilang pekerjaan di seluruh dunia pada suku kedua tahun ini. Namun, negara ini dijangka pulih lebih awal berdasarkan petunjuk ekonomi tempatan yang mula memberikan reaksi positif terhadap dasar…