Hong Kong Shopping Festival Buat Julung Kalinya di Malaysia, Tampilkan 100 Jenama dan Lebih 350 Produk - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Hong Kong Shopping Festival Buat Julung Kalinya di Malaysia, Tampilkan 100 Jenama dan Lebih 350 Produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 September 2026 /PRNewswire/ — Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (Hong Kong Trade Development Council, HKTDC) hari ini melancarkan Hong Kong Shopping Festival buat julung kalinya di Malaysia, menandakan peluasan pertama festival ini ke pasaran ASEAN.

Shop brands and lifestyle products from Hong Kong via Shopee, Lazada and the official campaign website from 21 to 27 September.
Shop brands and lifestyle products from Hong Kong via Shopee, Lazada and the official campaign website from 21 to 27 September.

Dari 21 hingga 27 September 2026, festival ini membawa 100 jenama dan lebih 350 produk dari Hong Kong: Beauty & Personal Care, Fashion, Food & Supplement, Fun & Smart Living, dan Senior Wellness Essentials dengan pilihan beli terus di Shopee, Lazada dan laman web rasmi Hong Kong Shopping Festival.

Bertemakan "Hong Kong Highlights, One Click Away", kempen ini membawa kemeriahan dan kepelbagaian produk Hong Kong kepada pelanggan Malaysia. Tidak kira jenama terkenal atau jenama baru, semuanya dalam satu festival.  Antara jenama yang menyertai: Lee Kum Kee, CATALO, Chow Tai Fook, Chow Sang Sang, Wai Yuen Tong dan Chicks.

Malaysia: Langkah Pertama ke ASEAN

Pelancaran di Malaysia merupakan langkah pertama inisiatif ke ASEAN, dengan Malaysia dan Singapura sebagai pasaran sasaran awal. Selepas edisi terdahulu yang tertumpu di China, HKTDC kini memasuki fasa baharu untuk menghubungkan perniagaan Hong Kong dengan pelanggan dan pasaran baru di rantau ini.

Disokong oleh Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), festival ini menawarkan pilihan produk berkualiti Hong Kong. Dijalankan sepanjang minggu, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50%, baucar beli-belah dan tawaran eksklusif siaran langsung di pelbagai platform dalam talian.

Encik Leung Kwan Ho, Pengarah Serantau, Asia Tenggara & Asia Selatan, HKTDC, berkata, "Hong Kong mempunyai hubungan erat dengan pelanggan Malaysia melalui jenama yang dikenali sejak dahulu ataupun produk baru. Menerusi Hong Kong Shopping Festival, kami ingin lebih mendekati pengalaman kepada pelanggan di sini supaya mereka dapat menikmati semula jenama kegemaran, menemui jenama baru dan merasa kepelbagaian yang ditawarkan Hong Kong hari ini."

Pengalaman Shopping Yang Lebih Interaktif

Lebih 30 jam kandungan shopping secara langsung bersama hos dan influencer popular Malaysia dan Singapura – cara lebih interaktif untuk mengenali and menghayati jenama.

Demonstrasi produk, ulasan pengalaman sebenar dan interaksi live membolehkan penonton melihat produk dari sudut dekat dan mengenali jenama dengan lebih mendalam. Sesi terpilih turut menawarkan tawaran eksklusif.

Halaman kempen khas di Shopee dan Lazada menghimpunkan produk dan promosi terpilih di satu tempat, manakala laman web rasmi festival memuatkan maklumat jenama, promosi dan cadangan pilihan sepanjang minggu.

Hong Kong Shopping Festival adalah acara tahunan utama program E-Commerce Express HKTDC untuk membantu syarikat Hong Kong mengembangkan e-dagang rentas sempadan dan meneroka pasaran baru. Menerusi kerjasama dengan platform e-dagang terkemuka, promosi siaran langsung dan pemasaran bersepadu, HKTDC membantu perniagaan meningkatkan keterlihatan, menimba pengalaman praktikal e-dagang rentas sempadan dan merebut peluang dalam ekonomi digital serta pasaran e-dagang ASEAN yang sedang berkembang.

Hong Kong Shopping Festival (ASEAN) berlangsung 21 hingga 27 September 2026. Maklumat lanjut: Hong Kong Shopping Festival (ASEAN).

Untuk maklumat media, sila hubungi:
Pejabat HKTDC Malaysia
Kenix Chua
Tel: (603) 2381 1061
E-mel: [email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5052047_MS52047_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI

×