Sungrow Perluas Portfolio ESS Kediaman dengan Penyelesaian Generasi Seterusnya untuk Kuasa Sandaran Boleh Dipercayai - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Sungrow Perluas Portfolio ESS Kediaman dengan Penyelesaian Generasi Seterusnya untuk Kuasa Sandaran Boleh Dipercayai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEFEI, China, 6 Jun 2026 /PRNewswire/ — Sungrow, penyedia bagi penyongsang PV dan sistem storan tenaga yang terkemuka di peringkat global, memperkenalkan penyelesaian storan tenaga kediaman generasi seterusnya, sekali gus meluaskan julat kuasanya daripada 5 kW hingga 12 kW menerusi pengenalan penyongsang hibrid MG12RL baharu.

Sungrow Expands Residential ESS Portfolio with Next-Gen Solution for Reliable Backup Power
Sungrow Expands Residential ESS Portfolio with Next-Gen Solution for Reliable Backup Power

  • Lebih Fleksibiliti bagi Menyokong Keperluan Isi Rumah Berbeza 

Direka untuk aplikasi penggunaan sendiri tenaga solar dan juga bekalan kuasa sandaran, penyelesaian ESS kediaman Sungrow menyokong pelbagai senario penggunaan, sekali gus membolehkan pemilik rumah menyesuaikan strategi tenaga mereka mengikut keutamaan dan keperluan mereka. Penyelesaian ini membawakan penyongsang hibrid siri MGRL yang boleh diskalakan daripada 5 kW hingga 96 kW melalui operasi selari, serta menyokong pilihan bateri yang fleksibel termasuk MGL060, MBL050, MBL120 dan MBL160, meliputi kapasiti daripada 5 kWh hingga 16 kWh dan boleh ditambah kapasitinya sehingga 320 kWh untuk keperluan tenaga kediaman yang lebih besar.

  • Lebih Banyak Penjanaan Solar, Nilai Tenaga Lebih Besar 

Bagi memaksimumkan penggunaan sendiri tenaga solar dan meningkatkan kecekapan tenaga keseluruhan, sistem ini menyokong sehingga 200% keupayaan lebihan saiz PV dan 160% kapasiti output maksimum, sekali gus membantu isi rumah menjana lebih banyak tenaga solar sepanjang hari. Menyokong arus input sehingga 20A, penyelesaian ini serasi dengan kebanyakan modul PV arus perdana, sekali gus menawarkan fleksibiliti yang lebih tinggi untuk pemasangan baharu mahupun projek naik taraf (retrofit). Dibangunkan untuk iklim yang mencabar, sistem ini mampu mengekalkan output kuasa penuh pada suhu ambien sehingga 45°C, membantu memastikan penjanaan tenaga solar yang stabil semasa tempoh permintaan puncak pada waktu siang. Penyelesaian ini turut mengintegrasikan teknologi PID ZERO® dipatenkan milik Sungrow, yang aktif mengurangkan kesan PID tanpa memutuskan sambungan daripada grid, sekali gus membantu mengekalkan prestasi PV dan hasil tenaga dalam tempoh jangka panjang.

  • Sandaran Boleh Dipercayai dan Pengurusan Tenaga Lebih Pintar 

Bagi memperteguh daya tahan tenaga isi rumah, sistem ini boleh bertukar kepada mod luar grid dalam tempoh hanya 4 milisaat, sekali gus mendayakan kuasa sandaran yang lancar ketika berlaku kegagalan grid. Penyelesaian ini juga mampu memberikan sehingga 200% output beban lebih selama 10 saat* bagi menyokong permulaan dan operasi stabil peralatan isi rumah yang penting. Demi memudahkan operasi dan penyelenggaraan, sistem ini mempunyai skrin sentuh berwarna penuh 4.3-inci untuk penjayaan tempatan yang intuitif dan menyokong persediaan dalam tempoh kurang daripada 30 saat tanpa akses internet. Melalui platform iSolarCloud, pengguna boleh mengurus tetapan sistem dengan mudah, sekali gus membolehkan pengurusan tenaga yang lebih pintar dan lebih cekap.

"Kami mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pemasang berhubung siri MGRL," kata JC Carlos, Ketua Pegawai Eksekutif Evolve Solar di Filipina. "Reka bentuk pasang-dan-pakai memudahkan pemasangan dan membantu mengurangkan kesilapan pemasangan, manakala kualiti binaan serta reka bentuk produk keseluruhan amat dihargai. Pemasang juga kagum dengan prestasi penjanaan kuasa sistem ini, khususnya keupayaannya memaksimumkan penjanaan tenaga solar walaupun dalam keadaan iklim panas di Filipina."

Seiring keperluan tenaga kediaman yang terus berkembang, Sungrow kekal komited untuk menyediakan penyelesaian tenaga pintar yang bersedia untuk masa depan yang membantu pemilik rumah memaksimumkan nilai solar, memperteguh daya tahan tenaga dan mencapai kebebasan tenaga yang lebih besar.

*MG12RL menyokong sehingga 170% output beban lebih selama 10 saat. 

Latar Belakang Sungrow 

Sungrow, peneraju global dalam teknologi tenaga boleh baharu, mempelopori pembangunan penyelesaian kuasa lestari selama lebih 29 tahun. Sehingga Disember 2025, Sungrow telah memasang lebih 1000 GW penukar elektronik kuasa di seluruh dunia. Syarikat diiktiraf sebagai syarikat penyongsang PV dan storan tenaga paling diyakini oleh bank di dunia (BloombergNEF). Inovasinya menggerakan projek tenaga bersih di seluruh dunia, disokong oleh rangkaian 520 outlet perkhidmatan yang menjamin pengalaman pelanggan yang cemerlang. Di Sungrow, kami komited untuk merapatkan jurang demi mencapai masa depan lestari melalui teknologi termaju dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sungrowpower.com/en

Hubungi:
Wang Luly
[email protected] 

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4976992_MS76992_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI