Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita - Utusan Malaysia

Polis siasat rakaman video tular lelaki tolak, tendang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Satu kertas siasatan telah dibuka melibatkan rakaman video yang tular memaparkan seorang lelaki mengasari seorang wanita yang dipercayai berlaku di Felda Kledang, Gugusan Adela, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, video tular berdurasi 44 saat itu dikesan pihaknya di platform media sosial Facebook, pagi hari ini.

Katanya, rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki berpakaian warna merah bertindak menolak dan memukul seorang perempuan.

“Polis menerima satu laporan polis berhubung kejadian oleh seorang wanita yang merupakan perakam video berkenaan.

“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×