PERWAKIM Memperteguh Ejen Insurans Am dan Agensi Korporat Malaysia untuk Meningkatkan Piawaian Professional Melalui Pendidikan, Perlindungan Insurans dan Inovasi Kerjasama - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

PERWAKIM Memperteguh Ejen Insurans Am dan Agensi Korporat Malaysia untuk Meningkatkan Piawaian Professional Melalui Pendidikan, Perlindungan Insurans dan Inovasi Kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA, Malaysia, 20 Mei 2026 /PRNewswire/ — Persatuan Wakil-Wakil Insuran Am Malaysia dikenali sebagai PERWAKIM, iaitu Persatuan Kebangsaan Ejen Insurans Am di Malaysia telah melancarkan satu kempen nasional bersejarah pada 14 Mei 2026. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan profil ejen insurans am, memperkukuh Kerjasama dengan pihak pengawal selia, sera mengajak ahli baharu menyertai komuniti yang kian berkembang demi membina kehadiran industry yang lebih kukuh.

Encik Chong Kok Wai, Presiden PERWAKIM
Encik Chong Kok Wai, Presiden PERWAKIM

Mengula shala tuju strategik persatuan, En. CHONG KOK WAI, Presiden PERWAKIM bagi penggal 2024 hingga 2026, berkata:

Landskap insurans am di Malaysia sedang melalui perubahan yang mendalam. Sebagai ejen professional, kami bukan sekadar jurujual; kami ialah penasihat dipercayai yang melindungi keselamatan kewangan individu dan juga perniagaan korporat. Cabaran di hadapan kami ialah meningkatkan taraf serta menonjol dalam industry dengan memperkasa ahli-ahli kami. PERWAKIM berperanan sebagai perisai utama dan pemacu kepada ejen-ejen di seluruh negara.

Dengan berdiri bersama sebagai satu badan yang bersatu, kita memperoleh kekuatan kolektif untuk menangani perubahan industry dengan jayanya, meningkatkan kemahiran melalui pendidikan professional ejen, menyediakan perlindungan indemnity insurans professional, serta melaksanakan pengagihan kekayaan secara koperasi bagi menerajui proses ini. Kami menjemput secara terbuka semua ejen insurans am di seluruh Malaysia untuk menyertai kami. Pada masa yang sama, kami menantikan kerjasama yang lebih erat dengan syarikat insurans dan badan pengawal selia untuk memupuk ekosistem yang harmoni berasaskan amalan yang adil, kepercayaan pengguna, dan kemakmuran bersama.

Bagi melindungi masa depan ejen dalam pasaran yang semakin berubah dengan penggunaan kecerdasan teknologi AI (artificial intelligence), PERWAKIM telah mengenal pasti tiga tonggak strategik untuk memacu visi jangka panjangnya supaya memastikan kumpulan lebih 40,000 ejen di Malaysia tidak ketinggalan. Inilah masanya untuk menyertai PERWAKIM dan meraih manfaat daripada peluang model perniagaan koperasi inovatif yang ditawarkannya.

Teras Pertama: Penciptaan Kekayaan melalui Model Perniagaan Koperasi.

PERWAKIM berusaha mewujudkan peluang penciptaan kekayaan melalui kerjasama perniagaan eksklusif untuk ahli, berasaskan model koperasi, di mana ahli dan professional industry menjadi pemegang kepentingan secara langsung. Dengan mengendalikan model koperasi, PERWAKIM melindungi ahlinya daripada tekanan pasaran jangka pendek yang tidah menentu. Keuntungan tidak disalurkan kepada pemegang saham ekuiti luar; sebaliknya, koperasi memastikan nilai dikitar semula kembali kepada ahli yang menjana nilai tersebut. Struktur ini menjadi pembeza yang lebih unggul dengan mewujudkan mekanisme perniagaan yang berteraskan mandaat Bersama dan pengagihan kekayaan yang mampan. Apabila ejen bertindak sebagai pemilik dan juga pemegang kepentingan, keselarasan organisasi meningkat. Skala ekonomi kolektif membolehkan ejen individu turut serta dalam usaha niaga komersial yang lebih besar dan bernilai tinggi yang sebelum ini di luar jangkauan.

Teras Kedua: Profesionalisme Lanjutan melalui Perkongsian Pendidikan Global.

Untuk membawa ejen ke tahap profesionalisme yang lebih tinggi, PERWAKIM percaya bahawa pendidikan berterusan yang khusus adalah amat penting. Bagi merealisasikannya, persatuan ini menjalinkan kerjasama strategik dengan organisasi seperti Australia and New Zealand Institute of Insurance and Finance, yang dikenali sebagai ANZIF. Perkongsian ini dirangka untuk meningkatkan kecekapan ahli dalam pengurusan agensi insurans, sambil menerapkan piawaian bertaraf dunia dari segi kepakaran teknikal, operasi beretika, dan kepimpinan yang mengangkat kedudukan keseluruhan tenaga kerja perantara di Malaysia.

Tonggak Ketiga: Perlindungan melalui Insurans Indemniti Profesional.

Beroperasi dalam persekitaran kewangan yang sangat dikawal selia menuntut pengurusan risiko yang berkesan. PERWAKIM secara aktif memperkasa ahlinya dengan menyediakan akses berstruktur kepada Insurans Indeminiti Profesional yang menyeluruh. Lapisan perlindungan ini melindungi ejen daripada tuntutan liability dan risiko operasi, memberikan ketengangan fikiran sepenuhnya sambil mengukukkan keyakinan pengguna terhadap profesional berdaftar PERWAKIM.

Bagi ejen insurans individu, PERWAKIM berperanan sebagai pemangkin kerjaya yang penting serta rangkaian perlindungan. Ahli memperoleh akses terus kepada peluang pembangunan profesional, termasuk seminar pendidikan, bengkel pematuhan, dan forum industri yang direka untuk memastikan mereka sentiasa selaras sepenuhnya dengan amalan terbaik Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia. Selain itu, persatuan ini turut menyediakan platform padanan perniagaan yang penting, membolehkan ejen membina rangkaian, berkongsi pandangan pasaran, dan menjaga kesejahteraan mereka secara menyeluruh.

Bagi syarikat insurans, kerjasama dengan PERWAKIM memastikan akses terus kepada tenaga agensi yang terlatih, beretika and tersusun. Dengan menyokong PERWAKIM, syarikat insurans korporat mendapat manfaat daripada saluran pengedaran yang lebih lancar, pematuhan yang dipertingkat, serta reputasi yang lebih tinggi dalam pasaran pengguna.

Kempen Keahlihan Kini Dibuka!

PERWAKIM menggalakkan semua ejen insurans am dan agensi syarikat diseluruh Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli dan mula meningkatkan taraf industri hari ini. Yuran keahlian ialah Ringgit Malaysia seratus dua puluh bagi tempoh keahlian dua tahun. Untuk memohon, muat turun Borang Keahlian PERWAKIM dan hantarkan permohonan anda bersama bukti pembayaran melalui emel ke alamat yang disediakan.

  • Untuk pertanyaan mengenai Insurans Indemniti Profesional, sila hubungi Cik Yong Poh Lee di [email protected] atau hubungi 012 603 9612.
  • Untuk pertanyaan mengenai Pelaburan Koperasi, sila hubungi En. Eddie Lim di [email protected] ataupun hubungi 012 302 7713.

Sertai PERWAKIM hari ini dan jadilah sebahagian daripada industri insurans Malaysia yang lebih kukuh dan bersatu.

Borang Keahlian PERWAKIM: https://jf2j7cg144q.sg.larksuite.com/drive/folder/R4TOf2rXIlNEO8dZBrPl3GQ1gse?from=from_copylink

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4964039_MS64039_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI