CANNES, Perancis, 12 Mei 2026 /PRNewswire/ — Newton Cinema membuat penampilan sulung pasaran Cannes di Marché du Film dengan tayangan filem MAYILAA, yang diarahkan oleh Semmalar Annam, di Lérins Cinéma Club pada 12 Mei.
Penampilan berkenaan menandakan detik penting pencapaian pada peringkat antarabangsa bagi Newton Cinema kerana ini membawa rangkaian karya berteraskan pengarah berjiwa seni (auteur) yang merangkumi bahasa Malayalam, Tamil, Hindi, Inggeris, Perancis dan Jerman, dibina berlandaskan suara berbeza, keberanian artistik dan resonans global. Reruai: Palais -1, 27.03.
Newton Cinema mengumumkan LEFTOVER, filem arahan kelima Salim Ahamed, yang dibintangi oleh Arjun Radhakrishnan, Zarin Shihab, Tanmay Dhanania, Shweta Basu Prasad dan Roshan Mathew. Ditulis oleh Salim Ahamed dan P. V. Shajikumar, filem ini menampilkan sinematografi oleh Sharan Velayudhan, penyuntingan oleh A. Sreekar Prasad, muzik oleh Christo Xavier, reka bentuk produksi oleh Ashik S, reka bentuk bunyi oleh Vishnu Govind, reka bentuk kostum oleh Gayathri Kishore dan solekan oleh Salam.
Salim Ahamed terkenal dengan filem Adaminte Makan Abu / Abu, Son of Adam, yang memenangi empat Anugerah Filem Kebangsaan India dan merupakan kemasukan rasmi India ke dalam Anugerah Akademi. Filem terdahulu termasuk Pathemari, Kunjananthante Kada dan And the Oscar Goes To…
"LEFTOVER datang daripada kesunyian, ingatan dan desakan moral," kata Salim Ahamed. "Filem ini membawa kesakitan tanpa pertunjukan, maruah tanpa penjelasan dan pengalaman manusia bersama yang merentasi sempadan. Saya amat berterima kasih kerana dapat memperkenalkan filem ini kepada industri antarabangsa dengan Newton Cinema."
MAYILAA mengikuti tayangan perdana dunia di Pesta Filem Antarabangsa Rotterdam dan Anugerah Penonton di Toulouse. Rancangan tayangan perdana dunia LEFTOVER akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.
Karya Marché Newton Cinema juga termasuk The Gambler, diarahkan oleh Prasanna Vithanage, ditulis oleh Vithanage dan Anushka Senanayake dan dibintangi oleh Roshan Mathew, Shweta Basu Prasad, Prakash Raj, Mahendra Perera dan Lakshan Abeynayake, dengan sinematografi oleh Rajeev Ravi, disunting oleh A. Sreekar Prasad, muzik oleh K dan reka bentuk bunyi oleh Tapas Nayak; The Sorbonne Conspiracy, diarahkan oleh Salim Ahamed; dan The Wild Hunt, daripada alumni TIFF Nithin Lukose.
Newton Cinema sedang dalam perbincangan akhir dengan wakil jualan antarabangsa dan rakan kongsi pengedaran India untuk perjalanan pesta dan pelancaran teater LEFTOVER, MAYILAA dan karya masing-masing.
Anto Chittilappilly, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Newton Cinema, berkata: "Kami sedang membina tempat untuk pawagam pengarah berjiwa seni (auteur), untuk pembikin filem yang karya mereka membawa jati diri dan kesedaran. Dengan LEFTOVER, MAYILAA dan senarai karya kami yang akan datang, kami menyasar untuk berdiri bersama pembikin filem bebas, melindungi cerita yang sukar dan penting, serta membawa suara daripada golongan terpinggir ke dalam pawagam dunia."
Newton Cinema adalah rumah penerbitan antarabangsa untuk pawagam pengarah berjiwa seni (auteur), pembikin filem bebas dan suara yang kurang diwakili, dengan pejabat di Los Angeles, San Francisco, Boston, Colombo, Sri Lanka dan Kochi, India.
Hubungan Media: [email protected] | www.newtoncinema.com | @newton_cinema
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2976502/Salim_Ahamed_Newton_Cinema.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4955836_MS55836_6











