![]() |
ABU DHABI, UAE, 7 Mei 2026 /PRNewswire/ — ADGM, pusat kewangan antarabangsa Abu Dhabi, pada hari ini mengumumkan bahawa Man Group plc, firma pelaburan alternatif yang tersenarai di London dengan aset di bawah pengurusan berjumlah kira-kira USD 228.7 bilion, sedang meneruskan komitmen firma berkenaan untuk mewujudkan kehadiran di Abu Dhabi dan telah mengemukakan permohonan untuk lesen Kategori 3A.
Perkembangan ini menunjukkan kemajuan berterusan firma tersebut di rantau Timur Tengah, memandangkan keinginannya mewujudkan hab strategik di emiriah, tertakluk kepada kelulusan kawal selia. Kehadiran yang dirancangkan itu dijangka akan diwujudkan dalam tempoh akan datang, mengukuhkan lagi keterlibatan Man Group dengan pelabur serantau dan jejak operasi global kumpulan itu.
Pengumuman ini dibuat di tengah-tengah momentum berterusan untuk ADGM, yang terus menarik minat pengurus aset global terkemuka dan firma pelaburan alternatif. Beberapa bulan kebelakangan ini menyaksikan gelombang institusi antarabangsa, termasuk Bain Capital, Barings dan Hillhouse Investment, membuka pejabat di Abu Dhabi, memperkukuh peranan emiriah yang semakin meningkat di tengah-tengah aliran modal global.
Tuan Yang Terutama Ahmed Jasim Al Zaabi, Pengerusi ADGM, berkata, "Keputusan Man Group untuk mewujudkan kehadiran di Abu Dhabi menunjukkan kekuatan pasaran modal kami dan keyakinan pelabur global yang mendalam terhadap modal UAE. Memandangkan Abu Dhabi terus memajukan kedudukan bandar itu sebagai ‘Ibu Kota Modal’, ADGM kekal memberikan tumpuan untuk membolehkan institusi antarabangsa yang terkemuka berkembang dari Abu Dhabi melalui persekitaran kawal selia yang dipercayai, infrastruktur bertaraf dunia dan akses kepada modal jangka panjang. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran Man Group yang meluas di rantau ini daripada pihak ADGM."
Robyn Grew, Ketua Pegawai Eksekutif Man Group, berkata, "Man Group telah lama mengiktiraf Abu Dhabi sebagai satu daripada pusat kewangan paling dinamik di dunia dan mengemukakan permohonan kami untuk lesen Kategori 3A menandakan pencapaian penting dalam komitmen kami kepada rantau berkenaan. Hubungan kami dengan Abu Dhabi sangat mendalam, daripada keterlibatan kami dalam panel penasihat pakar asal ADGM lebih 10 tahun yang lalu kepada perkongsian kukuh selama beberapa dekad yang telah kami bina dengan pengagih tempatan yang canggih merentasi pelaburan, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan. Kami berharap dapat menubuhkan hab yang, dalam masa terdekat, kami jangkakan akan merangkumi pengedaran, pelaburan dan perdagangan."
Kewujudan kehadiran Man Group itu mengukuhkan lagi kedudukan Abu Dhabi sebagai pusat kewangan antarabangsa terkemuka untuk pengurusan aset dan firma pelaburan. ADGM terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, dengan aset di bawah pengurusan meningkat sebanyak 36% pada tahun 2025 dan lebih 12,000 lesen aktif, mengetengahkan keyakinan berterusan pelabur global terhadap ekosistem pasaran berkenaan.
Memandangkan ADGM mengembangkan ekosistem pasaran itu merentasi dana lindung nilai, modal persendirian dan strategi kuantitatif, tindakan itu terus mengukuhkan kedudukan Abu Dhabi sebagai "Ibu Kota Modal" dan pintu masuk utama yang menghubungkan aliran modal global di seluruh Asia, Eropah dan Timur Tengah.
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2550581/5072851/ADGM_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4953934_MS53934_6











