Hyundai Stargazer dilancarkan pada harga bermula RM99,800

Hyundai Stargazer dilancarkan pada harga bermula RM99,800

JAHABARNISA Haja Mohideen (kiri) bersama Presiden Hyundai Motor Malaysia, Eric Lee semasa majlis pelancaran model baharu Hyundai Stargazer untuk pasaran Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hyundai Motor Malaysia (HMY) secara rasmi melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharunya, Hyundai Stargazer yang ditawarkan pada harga bermula RM99,800.

MPV yang direka khas mengikut keperluan keluarga moden itu diperkenalkan menerusi tiga varian iaitu Style, Prime dan Stargazer X.

Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, Hyundai Stargazer diposisikan sebagai ‘The WEhicle’ yang dibina berdasarkan keutamaan keluarga hari ini iaitu ruang pintar, keselesaan premium dan ciri keselamatan menyeluruh.

“Stargazer direka dengan teliti untuk memastikan penumpang sentiasa selesa dan terhubung, di samping memudahkan pemanduan harian untuk pemandu di belakang roda,” katanya dalam kenyataan. 

Model berkenaan hadir dengan varian Style yang dijual pada harga RM99,800 dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, manakala varian Prime ditawarkan pada harga RM109,800 dengan kelebihan skrin dwi 10.25 inci serta teknologi keselamatan Hyundai SmartSense (ADAS 2.0).

Bagi varian tertinggi iaitu Stargazer X yang bernilai RM121,800, ia tampil dengan reka bentuk berinspirasikan SUV, konfigurasi enam tempat duduk dengan kerusi captain, kemasan kulit penuh dan kawalan transmisi Shift-By-Wire.

Dari segi keselamatan, Hyundai Stargazer dilengkapi teknologi sistem bantuan pemandu canggih Hyundai SmartSense merangkumi Bantuan Mengelak Pelanggaran Hadapan, Kawalan Pelayaran Pintar dengan fungsi Stop & Go serta Bantuan Mengelak Pelanggaran Titik Buta.

Selain itu, HMY turut menawarkan Pakej Nilai Early Bird bernilai RM4,600 yang merangkumi servis penyelenggaraan percuma lapan kali atau empat tahun, serta program ganjaran RM1,000 buat pemilik sedia ada Hyundai.

Setiap pembelian baharu disokong dengan program jaminan myHyundaiCare selama lapan tahun atau 160,000 kilometer (km), serta Program Perlindungan Nilai Jualan Semula (RVP) yang menjamin nilai tukar beli kenderaan sehingga 70 peratus menjelang tahun ketiga. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×