Startek® dan CCI Global melengkapkan penggabungan, mewujudkan peneraju global dalam AI Augmentasi Manusia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Startek® dan CCI Global melengkapkan penggabungan, mewujudkan peneraju global dalam AI Augmentasi Manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengan lebih 50,000 pekerja di 55 pusat penyampaian di seluruh dunia, organisasi yang disatukan ini menskalakan penyelesaian pengalaman pelanggan (CX) berteraskan AI dan berpusatkan manusia untuk perusahaan terkemuka di dunia.

DENVER, 17 April 2026 /PRNewswire/ — Startek®, penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan (CX) global berteraskan digital, hari ini mengumumkan kejayaan penyempurnaan penggabungannya dengan CCI Global. Penyatuan ini mewujudkan peneraju baharu industri yang dibina atas visi tunggal: menyampaikan pengalaman pelanggan berpusatkan manusia dan dipacu AI pada skala besar.

Organisasi yang disatukan ini menghimpunkan lebih 50,000 pekerja yang melayani perusahaan global terkemuka dalam sektor seperti BFSI, Runcit, Penjagaan Kesihatan, E-dagang dan Telekomunikasi. Dengan 55 pusat penyampaian di 22 negara, peluasan skala ini memperkukuh keupayaan kumpulan untuk menyediakan pengalaman pelanggan (CX) yang lancar dan berkualiti tinggi merentasi rangkaian pelbagai di Amerika, Asia Pasifik, Eropah dan Afrika.

Integrasi warisan digital Startek dengan rangka kerja operasi CCI Global mewujudkan asas yang kukuh untuk AI Augmentasi Manusia. Dengan menggabungkan keupayaan AI ejen bersama tenaga kerja global yang mempunyai kecerdasan emosi tinggi, organisasi yang disatukan ini menyampaikan automasi canggih yang mengukuhkan hubungan manusia dan bukannya menggantikannya. Pendekatan ini memastikan keperluan pelanggan yang kompleks dipenuhi melalui penyelesaian yang lebih pintar dan lebih kos efektif, yang memacu pertumbuhan perniagaan tanpa mengorbankan empati.

"Dengan menggabungkan warisan digital Startek dengan kecemerlangan operasi CCI, kami bukan sekadar meningkatkan skala. Kami sedang mentakrif semula kategori CX," kata Bharat Rao, Ketua Pegawai Eksekutif Global, Startek. "Kami melangkaui model BPO tradisional untuk menerajui era baharu AI Augmentasi Manusia, di mana teknologi memperkasakan pekerja kami untuk memberi tumpuan kepada kecerdasan emosi yang memacu kesetiaan pelanggan sebenar."

Organisasi ini sedang mengintegrasikan platform analitik data proprietari Startek dengan rangka kerja operasi terbaik dalam kelasnya milik CCI. Pelan hala tuju gabungan ini memastikan pelanggan akan melihat peningkatan segera dalam cerapan ramalan, pengurangan geseran digital dan peningkatan ketara dalam produktiviti ejen melalui bimbingan AI masa nyata.

"Kejayaan kami sentiasa berakar pada insan kami," kata Martin Roe, Ketua Pegawai Eksekutif, CCI Global. "Dengan bergabung bersama Startek, kami menyediakan 50,000 pekerja kami dengan alat AI paling maju dalam industri, memastikan setiap interaksi, sama ada di Afrika, Eropah, Asia atau Amerika, ditentukan oleh ketepatan teknikal dan juga kebijaksanaan manusia."

Maklumat Tentang Startek

Startek® ialah peneraju global dalam pengurusan pengalaman pelanggan, menyampaikan transformasi digital dan penyelesaian CX yang menyeluruh. Dengan lebih 35 tahun kepakaran, Startek memperkasa perniagaan merentasi pelbagai industri untuk mewujudkan interaksi pelanggan yang tidak dapat dilupakan dan diperibadikan. Beroperasi di 14 negara dengan lebih 38,000 rakan sekerja, Startek komited untuk menghubungkan jenama dengan pelanggan mereka melalui inovasi, empati dan kecemerlangan operasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati lwww.startek.com dan ikuti kami di LinkedIn @Startek.

Maklumat tentang CCI Global

CCI ialah syarikat penyumberan luar proses perniagaan terbesar di Afrika serta perintis dalam bidang ini, yang menyediakan penyelesaian pengalaman pelanggan (CX) berasaskan digital yang inovatif kepada jenama global terkemuka. Dengan pengalaman industri selama dua dekad serta pasukan lebih 17,000 pekerja, CCI menyokong pelanggan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, New Zealand dan pasaran lain di seluruh dunia. CCI telah memberi impak positif kepada lebih 350,000 kehidupan melalui penciptaan peluang pekerjaan dan terus menetapkan penanda aras bagi kecemerlangan operasi, pertumbuhan berimpak serta pengalaman pelanggan bertaraf dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut layari www.cciglobal.com.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2222919/4299556/Startek_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4936093_MS36093_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI