Phygital International membuka bidaan bandar tuan rumah, sekali gus mengundang bandar-bandar di seluruh dunia untuk memainkan peranan utama dalam masa depan sukan, ketika pertandingan phygital terus berkembang di peringkat global.
DUBAI, UAE, 9 April 2026 /PRNewswire/ — Phygital International (PI), penganjur global sukan phygital serta pemegang hak bagi Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), secara rasmi membuka proses bidaan bagi bandar tuan rumah untuk edisi tahun 2028, 2029 dan 2030 Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), acara sukan phygital terkemuka dunia.
Menggabungkan pengalaman permainan digital imersif dengan pertandingan fizikal dunia sebenar, Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) merupakan platform global yang direka khusus untuk menggalakkan semula generasi digital agar kembali aktif dalam aktiviti fizikal dan sukan. Pada terasnya, acara ini memanfaatkan disiplin phygital untuk merapatkan jurang antara sukan maya dan tradisional sekali gus mendorong golongan muda beralih daripada skrin kepada penyertaan aktif, di samping memupuk penglibatan jangka panjang dalam gaya hidup sihat dan aktif.
Bagi bandar tuan rumah, temasya ini menjadi instrumen strategik untuk memperkukuh ekosistem sukan akar umbi dan elit, meningkatkan penyertaan belia dalam aktiviti fizikal serta mempertingkatkan hasil kesihatan awam. Pada masa yang sama, acara ini mempercepat agenda inovasi melalui integrasi teknologi termaju, platform digital dan format hiburan generasi baharu sekali gus meletakkan bandar tuan rumah sebagai peneraju di persimpangan sukan, teknologi dan budaya belia.
Bandar dan organisasi yang berminat dipelawa menyertai proses antarabangsa yang kompetitif bagi menjadi tuan rumah kepada salah satu acara sukan global yang berkembang pesat ini, dengan peringkat awal memerlukan penyerahan Letter of Intent (Surat Hasrat) selewat-lewatnya pada 1 Julai 2026. Bandar yang membida perlu mendapatkan sokongan awal daripada pihak berkuasa kerajaan atau badan rasmi berkaitan, manakala keperluan serta garis masa lanjut akan dikongsikan sepanjang proses berlangsung.
Pembukaan proses bidaan ini menyusuli kejayaan Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 di Abu Dhabi, UAE, yang menarik kehadiran lebih 40,000 penonton secara fizikal serta mencatat capaian dan penglibatan global yang signifikan. Menurut laporan bebas oleh IPSOS, acara tersebut menjana 461 juta tontonan siaran, dengan 137 juta penonton unik dan 59 juta jam tontonan, selain tambahan 388 juta tontonan merentas platform media sosial.
Tahap penglibatan ini meletakkan Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) sebaris dengan pertandingan antarabangsa yang telah mapan, sekali gus menonjolkan skala audiens globalnya serta momentum pesat pergerakan phygital. Ia juga menonjolkan daya tarikan kukuh acara ini dalam kalangan demografi muda yang sangat aktif, dengan 90 peratus penonton berumur antara 18 hingga 34 tahun.
Dengan momentum yang berterusan menuju Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 yang dijadual berlangsung di Astana, Kazakhstan dari 29 Julai hingga 9 Ogos, serta minat tinggi dalam proses pemilihan bandar tuan rumah 2027 termasuk bidaan dari Brazil, Serbia dan Uzbekistan, pembukaan bidaan bagi tahun 2028 hingga 2030 terus mengukuhkan pengembangan pesat sukan phygital di peringkat antarabangsa.
"Penganjuran Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) menawarkan lebih daripada sekadar acara global; ia menyediakan platform untuk memacu penglibatan belia, mempercepat transformasi digital serta memperkukuh keterlihatan antarabangsa melalui sukan dan teknologi," kata John Hewitt, Pengarah Pemasaran & Komunikasi Antarabangsa di Phygital International. "Berdasarkan kejayaan di Abu Dhabi dan menjelang penganjuran di Astana pada musim panas ini, kami menjemput bandar-bandar yang berwawasan tinggi untuk bersama-sama membentuk fasa seterusnya pergerakan global ini. Kami mencari bandar rakan kongsi yang mempunyai visi, infrastruktur serta komitmen untuk menganjurkan edisi temasya yang mencerminkan budaya tempatan, di samping menyumbang kepada evolusi sukan."
Setiap edisi menghimpunkan atlet elit merentas pelbagai disiplin phygital, dengan menggabungkan sukan fizikal dan permainan digital dalam satu format bersepadu. Zon peminat berskala bandar, pameran inovasi serta aktivasi komuniti memperluas pengalaman melangkaui lokasi dan audiens tradisional, sekali gus memberikan manfaat nyata kepada bandar tuan rumah dari segi pelancongan, pelaburan dan penglibatan belia.
Stephane Timpano, Ketua Pegawai Eksekutif ASPIRE dan ahli Jawatankuasa Penganjur Tempatan bagi Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025), berkata: "Penganjuran Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025) membuktikan bahawa sukan kini bukan lagi sekadar pertandingan fizikal, sebaliknya menjadi titik pertemuan antara keupayaan digital dan prestasi manusia. Dengan menghimpunkan kira-kira 850 peserta dari lebih 60 negara, acara ini mempercepat penglibatan belia dalam sektor berpertumbuhan tinggi seperti permainan digital, kecerdasan buatan dan robotik, selain mewujudkan platform global untuk kolaborasi industri. Dalam masa yang sama, ia meletakkan Abu Dhabi sebagai penanda aras yang kukuh bagi bandar tuan rumah masa hadapan dalam menterjemahkan format ini kepada impak ekonomi serta kemajuan teknologi."
Bandar tuan rumah dipilih melalui proses bidaan antarabangsa yang kompetitif, dinilai berdasarkan set kriteria komprehensif termasuk kesiapsiagaan infrastruktur, keupayaan pelaksanaan, inovasi digital, perancangan legasi, penglibatan komuniti serta keselarasan dengan nilai sukan phygital.
Semua bidaan akan dinilai oleh jawatankuasa pakar bebas yang ditubuhkan oleh Phygital International, menghimpunkan pakar dalam bidang sukan, teknologi, pengurusan acara dan tadbir urus bagi memastikan proses pemilihan yang telus, mantap dan berasaskan merit.
Untuk maklumat lanjut tentang penganjuran Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) bermula tahun 2028, layari phygitalinternational.com atau hubungi [email protected].
Catatan kepada Editor:
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur phygital sports pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://Phygitalinternational.com atau hubungi kami di: [email protected]
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan – GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 telah diadakan di Abu Dhabi manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, akan diadakan di Astana.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
Video – youtube.com/watch?v=iQ4jUz0KFqg&feature=youtu.be
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2953093/Phygital_Football.jpg
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2953094/MOBAMobile_MLBB_winners.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2745156/5905888/PhygitalInternational_GOTF_Logo.jpg
https://mma.prnewswire.com/media/2953094/MOBAMobile_MLBB_winners.jpg
https://mma.prnewswire.com/media/2745156/5905888/PhygitalInternational_GOTF_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4929505_MS29505_6











