1MDB: Tujuh karya seni dalam usaha dibawa pulang ke Malaysia

1MDB: Tujuh karya seni dalam usaha dibawa pulang ke Malaysia

MASZUREEN Hamdan sewaktu menerima plak penghargaan media oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada Majlis Malam Anugerah Media SPRM yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh lagi karya seni yang disimpan di rumah lelong mewah Christie’s dan dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang dalam usaha untuk dibawa pulang dari Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ini termasuk dalam usaha lanjutan selepas empat karya seni bernilai hampir RM800,000 yang dibeli menggunakan dana 1MDB diselewengkan telah berjaya dibawa kembali sebelum ini.

“Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melalui SPRM berjaya membawa pulang empat karya seni bernilai hampir RM800,000 ke tanah air, yang sebelum ini dibeli menggunakan dana 1MDB yang diselewengkan.

“Manakala tjuh lagi karya seni yang kini berada di rumah lelong barangan mewah Christie’s sedang dalam usaha untuk dipulangkan dari Amerika Syarikat.

“Pemulihan aset bukan sahaja membawa kepada penjimatan kos dan menghentikan ketirisan hasil negara, malah ia juga bukan sekadar soal hukuman, tetapi melibatkan aspek keadilan, pemulihan maruah pentadbiran serta pengembalian manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Anugerah Media SPRM yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, empat karya seni bernilai tinggi berjaya dibawa pulang ke Malaysia dan kini ditempatkan dengan selamat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Karya seni itu merupakan sebahagian daripada aset yang berjaya dipulihkan menerusi pendekatan bersepadu kerajaan, dengan nilaii keseluruhan karya seni itu dianggarkan AS$198,125.00 (RM786,556.25) melibatkan hasil karya artis terkenal dunia.

Karya seni tersebut ialah Joan Miró menerusi karya Composition (1953); Maurice Utrillo melalui Maison de rendez-vous de chasse de Henri IV, Rue St. Vincent, Montmartre (1934); Balthus dengan karya Etude pour femme couchée (1948) serta Pablo Picasso menerusi L’Ecuyere et les clowns (1961). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN