GSMA mengumumkan Cabaran Sepakan Penalti Bola Sepak Robot Humanoid, bakal membuat kemunculan sulung di MWC26 Shanghai - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

GSMA mengumumkan Cabaran Sepakan Penalti Bola Sepak Robot Humanoid, bakal membuat kemunculan sulung di MWC26 Shanghai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON, 12 April 2026 /PRNewswire/ — GSMA telah mengumumkan bahawa MWC26 Shanghai akan menyaksikan kemunculan sulung ‘Humanoid Robot Football Penalties Challenge’ (Cabaran Penalti Bola Sepak Robot Humanoid), sebuah pertandingan robotik antarabangsa yang baharu.

MWC Shanghai, acara ketersambungan yang terbesar dan paling berpengaruh di Asia, yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2026, bakal menjadi tuan rumah kepada pertandingan robotik yang direka sebagai pameran tahap sistem bagi kecerdasan terjelma

Sebagai persediaan menghadapi demam bola sepak yang bakal melanda dunia musim panas ini, cabaran tersebut bertujuan untuk menghimpunkan pasukan dari seluruh dunia bagi pertandingan berasaskan penalti, sekali gus mendemonstrasikan kecanggihan ketersambungan dan pembuatan keputusan masa nyata yang dipacu AI, kawalan pergerakan, serta ketepatan pada mesin humanoid.

Pasukan robotik mesti mendaftarkan minat untuk mengambil bahagian selewat-lewatnya pada 31 Mei di sini.. Sebuah jawatankuasa penganjur sedang mengemudi hala tuju cabaran ini, dengan ahli-ahli yang terdiri daripada AI 100, AIIA dan Xinhua.net.

John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd., berkata, " MWC26 Shanghai akan menghimpunkan pemain industri utama, entiti kerajaan dan inovator teknologi dari seluruh dunia untuk memangkin transformasi digital yang memacu impak bermakna. Acara ini dilihat bakal menjadi edisi yang sangat hebat, dengan gabungan pameran, penceramah, dan ciri acara baharu yang menarik yang memaparkan AI dan robotik tercanggih. MWC ialah acara yang memfokuskan kepada penciptaan peluang bagi keseluruhan ekosistem — kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan anda ke Shanghai pada Jun ini."

MWC26 Shanghai: lokasi untuk menembusi pasaran teknologi Asia yang dinamik

Lebih daripada 30 rakan kongsi strategik telah pun mengesahkan penyertaan untuk MWC26, di samping senarai pameran dan penaja yang kian bertambah dari rantau ini dan luar negara.

Program kepimpinan pemikiran akan berpaksikan kepada empat tema utama — Infrastruktur Pintar, ConnectAI, AI 4 Enterprise dan AI Mudah Alih. Ia menampilkan sidang kemuncak yang memberikan pandangan mendalam tentang topik-topik termasuk Peranti AI, AI Melampaui Sempadan, eSIM, Rangkaian Masa Hadapan, dan Mobiliti Pintar.

MWC26 Shanghai akan memperkenalkan zon baharu yang diperluaskan termasuk:

  • Sempadan Inovasi AI Mudah Alih: menampilkan Humanoid Robot Football Penalties Challenge, serta demonstrasi set cip termaju, pelayan AI berskala hiper, model perintis dan perkakasan asli AI: daripada robot dan cermin mata kepada telefon dan kenderaan.
  • Buruj Masa Depan: memfokuskan kepada rangkaian bukan terestrial (NTN), ketersambungan terus-ke-peranti dan penumpuan satelit-mudah alih.

Pada tahun 2026, GSMA akan melancarkan GLOMOs Asia yang pertama di MWC Shanghai, bagi mengiktiraf kecemerlangan merentas teknologi, perkhidmatan, dan penyelesaian mudah alih.

MWC26 Shanghai akan berlangsung di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).

Daftar di www.mwcshanghai.com.

Baca lebih lanjut di sini.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1882833/5909882/GSMA_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4931456_MS31456_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI