Erica tawar rumah teres dua tingkat bermula RM559,000

Erica tawar rumah teres dua tingkat pada harga bermula RM559,000

ERICA merangkumi 162 unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan binaan antara 1,405 kaki persegi hingga 1,445 kaki persegi pada harga bermula RM559,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

S P Setia Bhd. (Setia) memperkenalkan Erica, projek rumah teres dua tingkat pegangan pajakan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM93.59 juta di Taman Setia Tropika, Sepang, bersebelahan bandar peranginan Setia Warisan Tropika.

Pembangunan di kawasan perumahan seluas 4.59 hektar itu merangkumi 162 unit rumah teres dua tingkat dengan keluasan binaan antara 1,405 kaki persegi hingga 1,445 kaki persegi pada harga bermula RM559,000.

Ketua Pegawai Operasi Setia, Datuk Yuslina Mohd Yunus berkata, sebagai peneraju dalam membangunkan komuniti mampan dan gaya hidup, Setia komited untuk mereka bentuk serta menyediakan rumah mampu milik dalam perbandaran yang mempunyai elemen gaya hidup dan kesalinghubungan yang kukuh.

Katanya, ini selari dengan keperluan penduduk yang semakin berkembang.

“Erica merupakan siri terbaharu rumah permulaan mampu milik yang direka untuk praktikaliti, keselesaan dan fungsi seimbang.

“Dengan geran individu, pemilik rumah mempunyai fleksibiliti untuk melakukan pengubahsuaian atau kerja-kerja tambahan mengikut cita rasa masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Erica terletak kira-kira 16 kilometer (km) dari Cyberjaya, dengan akses terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui stesen Express Rail Link (ERL) berhampiran.

Pembangunan ini turut menawarkan rangkaian jalan raya yang baik ke Cyberjaya dan Putrajaya melalui laluan seperti Jalan Putrajaya-Dengkil, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Utara-Selatan.

Tambahnya, Stesen ERL Salak Tinggi juga terletak dalam jarak berjalan kaki, membolehkan akses pantas dan terus ke KLIA serta pusat bandar Kuala Lumpur.

Projek ini sesuai untuk keluarga muda dan yang sedang berkembang, dengan lokasi berhampiran hab pendidikan seperti Universiti Xiamen, Universiti Nilai, Kolej Antarabangsa INTI dan UiTM Dengkil.

Kawasan komersial ber­dekatan termasuk DPULZE Shopping Centre di Cyberjaya, Horizon Village Outlets serta Mitsui Outlet Park di Sepang.

“Pembeli turut berpeluang menikmati ganjaran tambahan menerusi kempen jualan khas Raya peringkat kumpulan yang berlangsung dari 16 Mac hingga 30 April, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Menerusi kempen Rezeki Bonanza, pembeli yang menempah rumah Setia dalam tempoh kempen dan menandatangani perjanjian jual beli dalam masa 30 hari akan menerima ganjaran RM4,000 bagi setiap unit.

“Sementara itu, kempen Kawan Bawa Kawan menawarkan ganjaran rujukan RM3,000 bagi setiap unit kepada Citizen Setia (pemilik rumah Setia sedia ada) bagi setiap rujukan berjaya,” jelasnya.

Tambahnya, untuk maklumat lanjut, temujanji lawatan unit dan pertanyaan jualan, orang ramai boleh menghubungi Valli Marimuthu di talian 0123597925 atau Emma Asmani di 0123878294. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN