Zoomlion Pamer Penyelesaian Pembinaan Pintar dan Peralatan Utama di CONEXPO-CON/AGG 2026 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Zoomlion Pamer Penyelesaian Pembinaan Pintar dan Peralatan Utama di CONEXPO-CON/AGG 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS, 13 Februari 2026 /PRNewswire/ — Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion" atau "Syarikat"; 1157.HK) mengumumkan penyertaannya dalam CONEXPO-CON/AGG 2026, salah satu pameran jentera pembinaan terkemuka dunia yang berlangsung mulai 3 hingga 7 Mac 2026 di Las Vegas Convention Center. Syarikat ini akan mempersembahkan penyelesaian pembinaan pintar terkini dan rangkaian peralatan utama yang luas di Reruai F42027 di Festival Grounds, tapak pameran berkenaan.

Zoomlion to Showcase Intelligent Construction Solutions and Flagship Equipment at CONEXPO-CON/AGG 2026
Zoomlion to Showcase Intelligent Construction Solutions and Flagship Equipment at CONEXPO-CON/AGG 2026

Tema pameran Zoomlion, Visi Mencipta Masa Depan (Vision Creates Future), sejajar dengan fokusnya yang lebih luas terhadap pembinaan pintar, pengurusan digital dan pembangunan lestari. Melalui demonstrasi langsung dan pembentangan produk di lokasi, Syarikat berhasrat untuk berkongsi amalan terkininya dalam automasi, pendigitalan dan pengurusan peralatan pintar bersama ahli-ahli profesional industri global.

Zoomlion akan mempamerkan peralatan merangkumi pelbagai kategori produk utama, termasuk jentera tolak tanah, jentera pengangkat binaan, jentera kren bergerak dan peralatan konkrit. Pameran ini direka untuk menonjolkan portfolio produk komprehensif Syarikat dan komitmen berterusannya terhadap pelaburan dalam teknologi pembinaan pintar dan digital.

Pengalaman operasi jarak jauh interaktif berasaskan 5G akan menjadi tarikan utama pameran Zoomlion yang membolehkan pengunjung menyaksikan dan berinteraksi dengan kawalan peralatan jarak jauh pada masa nyata. Demonstrasi ini bertujuan untuk memperlihatkan aplikasi teknologi keterhubungan canggih dalam senario pembinaan, selain kemajuan Zoomlion dalam membangunkan penyelesaian tapak binaan pintar.

Zoomlion akan turut mengetengahkan operasi setempatnya di benua Amerika, termasuk rangkaian pembuatan, penjualan dan perkhidmatan yang direka untuk menyokong pelanggan di seluruh wilayah ini. Pameran ini mencerminkan pendekatan global bersepadu Syarikat yang menggabungkan penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran serta sokongan pascajualan.

CONEXPO-CON/AGG dianjurkan oleh Association of Equipment Manufacturers (AEM) dan diadakan setiap tiga tahun. Acara ini menghimpunkan pengilang peralatan pembinaan, pembekal serta pihak berkepentingan industri dari seluruh dunia untuk meneroka arah aliran, teknologi dan penyelesaian yang membentuk masa depan industri pembinaan.

Zoomlion menyatakan kesediaannya untuk berinteraksi dengan rakan industri, pelanggan dan pengunjung di CONEXPO-CON/AGG 2026 serta berkongsi penerokaan berterusan dan pengalaman praktikalnya dalam penyelesaian pembinaan yang pintar dan mampan.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ialah peneraju global bagi pembuatan peralatan bermutu tinggi yang mengkhusus dalam bidang jentera pembinaan, perlombongan dan pertanian. Dengan 13 pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan luar negara dan juga operasi di lebih 180 negara dan wilayah, syarikat ini menyediakan penyelesaian pintar dan mampan yang dipacu teknologi dan inovasi termaju.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4886778_MS86778_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI