Zendure Lancar Siri SolarFlow Termaju, Menandakan Evolusi kepada Ekosistem Tenaga Pintar Lengkap - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Zendure Lancar Siri SolarFlow Termaju, Menandakan Evolusi kepada Ekosistem Tenaga Pintar Lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DÜSSELDORF, Jerman, 11 Februari 2026 /PRNewswire/ — Zendure, perintis bertaraf global bagi Sistem Pengurusan Tenaga Rumah (HEMS) pasang masuk, memperkenalkan pada hari ini tiga model SolarFlow baharu — SolarFlow 2400 Pro, SolarFlow 2400 AC+ dan SolarFlow 1600 AC+. Pelancaran ini melengkapkan matriks produk yang utama dalam industri ini yang merangkum penyelesaian andalan hinggalah penyelesaian aras permulaan bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna bermula daripada storan solar balkoni dan integrasi PV bumbungan hingga arbitraj tarif Masa Penggunaan (TOU).


SolarFlow 2400 Pro – Prestasi Andalan 

SolarFlow 2400 Pro ialah sistem storan solar balkoni dwiarah AC, pacuan AI 2400W yang direka untuk pemasangan balkoni atau bumbungan berkuasa tinggi. Ia menyokong input DC sehingga 3000W (4×750W MPPT), dengan jumlah input PV mencecah 4800W apabila menggabungkan gandingan DC+AC. Ia memberikan output pada grid berterusan 2400W (boleh dinaik taraf daripada 800W asal), input AC maksimum 3200W dan kapasiti bateri yang boleh dibesarkan daripada 2.4kWh kepada 14.4kWh (sehingga 16.8kWh dalam konfigurasi premium), dengan kuasa nyahcas 2400W.

SolarFlow 2400 AC+ – Penyelesaian Naik Taraf Premium

Dioptimumkan untuk sistem PV bumbungan sedia ada, SolarFlow 2400 AC+ ialah naik taraf storan gandingan-AC. Ia menyediakan input AC 2400W dan output pada grid berterusan (boleh dinaik taraf daripada 800W), input AC maksimum sehingga 3200W, nyahcas bateri 2400W dan storan boleh dibesarkan daripada 2.4kWh kepada 14.4kWh (sehingga 16.8kWh dalam persediaan premium), lalu mengupayakan penggunaan kendiri yang lebih tinggi dan penjimatan kos.

SolarFlow 1600 AC+ – Pilihan Aras Permulaan Berpatutan

SolarFlow 1600 AC+ aras permulaan menyasarkan rumah yang mempunyai PV bumbungan sedia ada dan dengan keperluan tenaga sederhana. Ia memberikan input dan output AC 1600W, dengan output pada grid asal 800W (boleh dinaik taraf kepada 1400W setiap peranti atau 3600W dalam mod premium). Kapasiti bateri bermula pada 1.92kWh dan boleh dibesarkan kepada 11.52kWh, dengan nyahcas sehingga 1600W.

HEMS 2.0 & ZENKI™ 2.0 

HEMS 2.0 generasi akan datang daripada Zendure mengintegrasikan panel solar, bateri, pam haba dan pengecas EV ke dalam platform pintar berpadu. Dikuasakan oleh ZENKI™ 2.0 AI, ia meramalkan dan mengoptimumkan aliran tenaga, mengautomasikan penjimatan kos dan menyokong lebih 840 penyedia tenaga Eropah. Dalam Mod ZENKI™, isi rumah boleh mengurangkan bil tenaga sehingga 73%. Semua model mempunyai perlindungan bateri ZenGuard™ dengan dwi-BMS, penyelenggaraan kendiri dan pemadaman api, berserta integrasi rumah pintar penuh melalui MQTT (serasi dengan Home Assistant dan Homey).

Daripada Perkakasan kepada Ekosistem Lengkap

Sebagai perintis asal yang memperkenalkan storan tenaga balkoni pasang dan pakai ke Eropah, Zendure berkembang daripada pengilang perkakasan kepada penyedia penyelesaian tenaga pintar yang lengkap. Tumpuan utama kepada transformasi ini ialah ZenWave™, iaitu perkhidmatan runcit elektrik dinamik Zendure, yang mula dilancarkan di Jerman dan kini berkembang ke seluruh Eropah. Ia menawarkan harga pasaran masa nyata dan tenaga hijau yang diperakui 100%. Digabungkan dengan penjadualan HEMS 2.0 dan ZENKI™ AI, pengoptimuman tenaga beralih daripada pelarasan manual kepada kecerdasan diuruskan sistem sepenuhnya, lalu menghasilkan penjimatan tahunan yang berpotensi sehingga €2,121 dan mengurangkan jejak karbon dalam pasaran seperti Jerman.

Hari ini, Zendure merupakan satu-satunya jenama yang menawarkan ekosistem bersepadu yang menyatukan perkakasan berprestasi ekstrem, perisian HEMS pintar dan perkhidmatan tenaga berpusatkan ZenWave™. Inovasi ini dapat memperkasakan keluarga dengan kebebasan tenaga sepanjang hari, pulangan ekonomi maksimum dan juga gaya hidup yang lebih lestari.

Ketersediaan & Harga 

Siri SolarFlow baharu ini akan tersedia bagi tujuan prajualan bermula pada 10 Februari 2026. Harga MSRP ditetapkan mengikut pasaran tertentu, dengan struktur terbeza di Jerman, Perancis dan Belanda untuk diselaraskan dengan peraturan serta keutamaan tempatan. Untuk harga, spesifikasi dan maklumat pembelian yang terperinci, kunjungi zendure.de.

Latar Belakang Zendure 

Zendure ialah perintis bertaraf global bagi Sistem Pengurusan Tenaga Rumah (HEMS) pasang masuk yang berpangkalan di pusat teknologi Silicon Valley, AS, Kawasan Teluk Besar di China, Jepun dan Jerman. Misi Zendure adalah untuk menyediakan tenaga bersih yang andal dan berpatutan untuk isi rumah di seluruh dunia dengan mempopularkan EnergyTech yang terkini. Sistem storan tenaga balkoni SolarFlow yang revolusioner mentransformasikan cahaya matahari menjadi sumber tenaga yang selamat, andal dan bingkas untuk kehidupan seharian.

HUBUNGI: Chris Patrick, [email protected] 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4884481_MS84481_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI