Skibbe tabik persembahan JDT 

Skibbe tabik persembahan JDT 

Marcos Guilherme
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Vissel Kobe, Michael Skibbe bersikap ‘gentleman’ walaupun tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Kekalahan itu menyaksikan satu lagi wakil dari Jepun, Machida Zelvia FC merampas kedudukan teratas kumpulan selepas mengutip 17 mata, satu mata di hadapan Vissel Kobe.

Skibbe enggan menjadikan ketiadaan beberapa pemain utama sebagai alasan kelab Jepun itu rebah di Stadium Sultan Ibrahim.

“Pasukan tuan rumah cukup hebat dalam mengatur serangan dan memberi tekanan kepada kubu kami hingga memaksa pemain hilang penguasaan bola dan membuka peluang gol buat mereka.

“Ketiadaan beberapa tonggak utama bukan alasan kerana pemain yang diturunkan sudah memperaga aksi terbaik dengan gaya permainan berintensiti tinggi. Walaupun sudah layak, kekalahan ini memberi tamparan hebat kepada kami, ini isyarat jelas buat pasukan untuk memperbaiki mutu permainan,” katanya.

Skibbe memberitahu, perlawanan malam tadi memberi ruang kepada pemain-pemain baharu untuk menimba pengalaman berharga dan membentuk keyakinan diri dalam menghadapi saingan Liga 1 Jepun (J1 League) yang baru bermula.

“Selepas ini kita akan mengalihkan tumpuan kepada saingan liga domestik, pemain utama yang tidak dibawa ke Johor pastinya sudah mendapatkan rehat mencukupi dan bersedia untuk diturunkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN